Aduhai, adakalanya rasa loya melihat kemesraan dipaparkan anak muda hari ini yang berkasih sayang mengalahkan pasangan berkahwin.
Meluat melihat mereka tanpa segan silu memuat naik video keintiman mereka berpegangan tangan sambil bertukar ayat romantis.
Papa pulak minta maaf...
Terbaru, seorang pengguna Twitter Its Me Joker berkongsi video sepasang kekasih bersalaman memohon kemaafan sempena hari raya.
Lihatlah video di bawah. Bukan main mesra lagi siap mencium tangan masing-masing.
Lebih jelik, yang lelaki membiarkan saja teman wanitanya itu menggigit jarinya. Tak busuk ke?
Rata-rata warganet berasa jijik melihat video itu yang diumpakan bagai cinta agung Titanic yang bakal karam.
Kredit Foto: Twitter
Over betul budak-budak ni. Tak kasihan pada ibu bapa yang mungkin melihat video ini ke? - CARI |