Kebiasaannya, kita selalu melihat iklan kerja kosong tipikal yang hanya memberitahu mengenai butiran pekerjaan yang ditawarkan. Namun lain pula buat syarikat Econsave Malaysia yang sangat kreatif membuat iklan kerja kosong kerana ternyata ramai netizen yang terhibur melihat iklan tersebut.
Semalam tular seketika di media sosial apabila Econsave Malaysia telah memuat naik iklan jawatan kosong pereka grafik di twitter. Boleh tahan kelakar juga admin pasaraya Econsave ni ya!
Sejurus selepas iklan itu dimuat naik, ramai netizen yang terhibur dengan rekabentuk pernyataan jawatan kosong tersebut. Admin twitter Econsave tersebut tak betah melayan sebarang pertanyaan netizen.
Sempat lagi mengorat
Rupanya 'manager' yang buat
Orang murung pun boleh 'happy'
Malah ada pencari kerja yang bertindak kreatif seperti ini!
Aduhai, macam macam karenah betul. Rasanya sudah pasti persekitaran tempat kerja di syarikat Econsave menghiburkan kan? Dek kerana iklan tersebut tular, syarikat Econsave membuka satu lagi peluang pekerjaan kepada anda yang berminat. Kali ini gambar kucing comel pula!
Kepada mereka yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan bolehlah cuba memohon. Mana tahu rezeki kan? -CARI
|