CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9009|Reply: 27

10 tragedi kapal terbang paling dahsyat dalam sejarah dunia

[Copy link]
Post time 8-7-2019 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 8-7-2019 01:21 PM

10 tragedi kapal terbang paling dahsyat dalam sejarah dunia
Gempak | Julai 08, 2019 08:03 +08

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

PADA tahun 2014, Malaysia dikejutkan dengan dua insiden terburuk dalam sejarah penerbangan kita. Kehilangan pesawat MH370 dan insiden kapal terbang MH17 yang terhempas dalam perjalanan ke KLIA kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang menjadi bualan seluruh dunia.

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

Statistik kadar untuk anda terselamat adalah 24 peratus berdasarkan sumber yang diperolehi. Bencana terburuk ini disusun jumlah kematian penumpang pesawat.

10. American Airlines Flight 191
Tarikh: 25 Mei 1979
Jumlah Kematian: 273 orang



Kapal terbang jenis DC-10 ini meninggalkan lapangan terbang Chicago O'Hare pada petang Jumaat, namun selepas beberapa ketika enjin kiri tercabut daripada sayap dan menyebabkan pesawat udara ini terhempas ke darat hanya lebih kurang 2km daripada landasan pelepasan.

Kesemua 271 penumpang beserta kru terbunuh manakala dua orang di atas yang berada daratan juga meninggal dunia akibat terkena pesawat tersebut. Bencana ini merupakan insiden penerbangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

9. Tentera Udara Iran Flight Ilyushun II-76
Tarikh: 19 Februari 2003
Jumlah Kematian: 275 orang




Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh cuaca buruk termasuk angin kencang dan kabus menurut laporan Tentera Udara Iran. Pesawat ini terhempas di Gunung Sirach berdekatan Kerman di Iran dan telah membunuh kesemua ahli "Revolutionary Guards" yang menaiki pesawat tersebut.

Rangkaian Keselamatan Penerbangan Iran mengklasifikasikan kemalangan ini sebagai Controlled Flight Into Terrain (CFIT) di mana juruterbang pesawat tersebut menghempaskan pesawat secara tidak sengaja.


undefined

Insiden ini tidak diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana ia berlaku semasa Peperangan Iran-Iraq dan kemudiannya Perang Teluk melibatkan tentera Amerika Syarikat (AS), Iran, Iraq dan beberapa negara lain.

Kesilapan tentera AS menembak peluru berpandu udara tepat ke Pesawat Iran 655 telah membunuh kesemua penumpang yang tidak bersalah. Kerajaan AS menjelaskan bahawa tentera udara mereka menganggap pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang F-14A Tomcat.

undefined

Pada tahun 1996, kerajaan AS dan Iran mencapai persetujuan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membayar wang pampasan sebanyak $213,103.45 bagi setiap seorang penumpang, bersamaan kira-kira £346,000 nilai hari ini.


7. Malaysia Airlines Flight MH17
Tarikh: 17 Julai 2014
Jumlah Kematian: 298 orang




undefined


Insiden yang sama berlaku seperti insiden No. 8 dalam senarai apabila pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-200 ditembak jatuh berdekatan sempadan Rusia oleh peluru berpandu. Pesawat ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan melalui ruang udara Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kesemua 298 penumpang yang tidak bersalah ini terbunuh kerana sewaktu itu peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukraine sedang berlaku. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara Ukraine kerana bimbang perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa melalui laluan tersebut.

6. Saudi Arabian Airlines Flight SV163
Tarikh: 19 Ogos 1980
Jumlah kematian: 301 orang


undefined

Kematian kesemua 301 penumpang yang menaiki pesawat jenis Lockheed L-1011 ini merupakan eksiden paling dahsyat dalam sejarah penerbangan yang tidak melibatkan pesawat terhempas atau  kapal terbang pecah semasa penerbangan.

Pesawat ini berlepas daripada lapangan terbang Riyadh dalam perjalanan ke Jeddah di Arab Saudi kemudiannya berpatah balik beberapa minit kemudian dan mendarat secara kecemasan kerana berlakunya kebakaran dalam kapal terbang.

Namun, setelah pesawat ini mendarat, juruterbang tidak melakukan pemindahan kecemasan sebaliknya memandu kapal terbang tersebut ke lapangan terbang. Kemudian ia mengambil 23 minit untuk mengakses kapal terbang setelah enjin berhenti.

Ketika pintu pesawat dibuka, kesemua yang berada di atas kapal terbang telah terbunuh akibat daripada menyedut asap kebakaran. Paling menyedihkan, tiada sesiapa pun yang melakukan prosedur pemindahan keluar kecemasan.

5. Air India Flight 182
Tarikh: 23 Jun 1985
Jumlah Kematian: 329 orang


undefined


Insiden ini merupakan serangan keganasan terburuk melibatkan kapal terbang apabila pesawat jenis Boeing 747 terhempas di lembah pantai Ireland. Pesawat ini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar di India dari Toronto, Kanada.

Pengeboman berlaku di bahagian kargo oleh organisasi ekstremis iaitu Babbar Khalsa.

Dipercayai penumpang yang bertanggungjawab mengebomkan pesawat ini ialah "M Singh" yang mendaftar masuk penerbangan bersama 1 beg mempunyai bom tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.

Laporan siasatan menemui bahawa kegagalan proses sekuriti di Kanada menyebabkan serangan pengganas ini berjaya dilaksanakan. Beberapa hari memorial diwujudkan bagi memperingati kesemua yang terkorban di Kanada dan Ireland.

4. Turkish Airlines Flight 981
Tarikh: 3 Mac 1974
Jumlah Kematian: 346 orang




Kelemahan dalam reka bentuk kapal terbang jenis Douglas DC-10 membawa padah apabila kesemua 355 penumpang dan 11 kru terkorban apabila pesawat ini terhempas di Hutan Ermenonville di utara Paris.

Kapal terbang ini berlepas dari Lapangan Terbang Orly di Paris dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Perjalanan sebenar ialah dari Istanbul dan Paris hanya perjalanan transit.

Selepas 10 minit berlepas, pintu kargo kiri kapal terbang tercabut akibat daripada masalah bagaimana ruang pintu selak ditutup.

Disebabkan masalah mekanisma kunci bagi pintu ini, kapal terbang menghala ke darat dengan kelajuan 800 km/h setelah juruterbang hilang kawalan. Penghempasan ini merupakan insiden terburuk di Perancis dan kedua di Eropah.

3. Saudi Arabian Airlines Flight 769 & Kazakhstan Airlines Flight 1907
Tarikh: 12 November 1996
Jumlah Kematian: 349




Pelanggaran udara terburuk yang pernah berlaku melibatkan Pesawat Saudi 769 dan Pesawat 1907 - Kazakhstan Airlines di bandar Charkhi Dadri utara India.

Kapal terbang Saudi jenis Boeing 747 dalam perjalanan ke Dhahran dari Delhi, India manakala pesawat Kazakhstan Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Indira dari Shymkent. Insiden ini membunuh 312 orang di atas pesawat dan kemudiannya 37 lain turut terbunuh.

Kemalangan ini berlaku apabila pesawat Ilyushin sepatutnya mendarat sehingga 15,000 kaki tetapi ia melebihi had ke 14,500 kaki manakala Boeing 747 dalam perjalanan ke arah atas di arah yang berlawanan.

Ketika pengawal trafik udara memberi amaran kepada kedua-dua kapal terbang, ia sudah terlambat.

Ekor kapal terbang Kazakhstan memotong sayap pesawat Saudi menyebabkan pesawat Saudi berpusing dengan sangat laju manakala Ilyushin bergerak sedikit perlahan berbanding Boeing 747 tetapi masih cukup laju untuk menyebabkan juruterbang hilang kawalan untuk mendarat.

2. Japan Airlines Flight 123
Tarikh: 12 Ogos 1985
Jumlah Kematian: 520 orang




Pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines terhempas ke Gunung Takamagahara di tengah-tengah Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, Empat orang terselamat apabila pesawat ini berpusing tanpa kawalan menyebabkan sayap kapal terbang berlanggar rabung gunung sebelum terbalik dan mendarat pada belakang badan pesawat.

Juruterbang dapat mengawal kapal terbang dan terus memastikan pesawat berada di udara selama 32 minit selepas kegagalan mekanikal, masa yang tidak pernah menyamai simulator penerbangan.

Hari ini, terdapat kuil memorial di atas gunung tersebut bagi memperingati bencana yang berlaku selain terdapat muzium dibuka oleh syarikat penerbangan yang mempunyai nota atau surat terakhir yang ditulis oleh penumpang kepada orang tersayang.

undefined


Kesemua staf syarikat tersebut wajib pergi ke muzium tersebut untuk melihat surat-surat ini. Kesemua yang terselamat adalah wanita dan berada di tengah-tengah barisan kapal terbang ketika kemalangan berlaku.


1. Bencana Lapangan Terbang Tenerife
Tarikh: 27 Mac 1977
Jumlah Kematian: 583 orang




Lain dengan insiden nombor tiga, pelanggaran ini berlaku di darat akibat kesilapan juruterbang. Kedua-dua pesawat merupakan pesawat Boeing 747,  satu milik Koninklijke Luchtvaart Maatschappij (KLM) atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines manakala lagi satu milik Pan Am American Airways (Pan Am).

Tiada satu pun pesawat yang sepatutnya berada di Los Rodeos tetapi kedua-dua pesawat ini terpaksa bertukar haluan daripada Las Palmas setelah sebuah bom diletakkan di kedai bunga lapangan terbang tersebut.

Pelanggaran berlaku apabila Pan Am sepatutnya melalui jalan keluar ketiga, (C3) tetapi juruterbang menyangkakan C4 sebagai C3 manakala pesawat KLM pula berlepas tanpa kebenaran yang sah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kabus tebal menghalang penglihatan pesawat Pan Am setelah dilihat KLM 747 keluar dari kabus. Kesemua penumpang dan krew KLM terbunuh manakala 7 daripada 16 krew dan 54 daripada 380 penumpang Pan Am terselamat.


Al-Fatihah

Sekalung peringatan buat mangsa MH370 yang hilang bersama-sama pesawatnya.

Tarikh: 8 Mac 2014
Jumlah Kehilangan: 239




Sumber: Aviation Safe Network

Kredit Gambar: Muhammad Fadriy, Twitter: @fadryyy_

Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna akaun Twitter @fadryyy_ dan mendapat hampir 10 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 02:42 PM | Show all posts
takziah buat semua mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:08 PM | Show all posts
sedih bila teringat mh17 dan mh370
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:52 PM | Show all posts
MH17 paling menyentuh hati..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
No 6 unforgiven
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Peristiwa mh360 & mh17 menyenangkan sy secara peribadi merasakan perjalanan menaikki kapal terbuang x lg menyeronokkan mcm dulu2.
Dulu looking fwd sgt. Nk makan kt udara. Kalau Naik MAS dpt kacang pun happpy. Kalau Naik AA kerja order makan. By the time sampai destinasi, mcm ikan buntal, kenyang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2019 06:25 PM | Show all posts
2. Japan Airlines Flight 123
Tarikh: 12 Ogos 1985
Jumlah Kematian: 520 orang


baru je berapa ari lepas baca pasal ni

mangsa yg selamat -
- yumi ochiai pramugari 26 thn
- keiko kawakami 12 thn
- pasangan ibu & ank hiroki yoshizaki & mikoko yoshizaki


keiko kawakami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 06:28 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 8-7-2019 06:25 PM
baru je berapa ari lepas baca pasal ni

mangsa yg selamat -

tq Mod.
nanti nak baca yang details.

suka tgk Air Crash Investigation kat Nat Geog



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 06:40 PM | Show all posts
Syd replied at 8-7-2019 06:28 PM
tq Mod.
nanti nak baca yang details.
suka tgk Air Crash Investigation kat Nat Geog
sama mcm aku

lagi 1 yg menarik air france flight 4590

wpun korban tak ramai tapi kisahnya menarik

Date                          25 July 2000
Summary                   Foreign object damage leading to in-flight fire and loss of control
Site                           Gonesse              (near Charles de Gaulle Airport), France
Total fatalities             113 (109 on the aircraft, 4 on the ground)
Total injuries               1 (on ground)





sori menempek kat tered hang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 08:13 PM | Show all posts
MH370 terus hilang tanpa berita....

sedih sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 8-7-2019 06:40 PM
sama mcm aku

lagi 1 yg menarik air france flight 4590

most welcome
most welcome

boleh tepek kemalangan udara yang lain
bersambung2 la nanti kisah ni

tq
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-7-2019 06:28 PM
tq Mod.
nanti nak baca yang details.


Sama la kite syd.
Tiap ari selase mlm. Jrg missed.
Cite kt chanel lain bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts

5. Air India Flight 182
Tarikh: 23 Jun 1985
Jumlah Kematian: 329 orang

Berlaku pada hari kelahiranku.. sedihnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 01:44 AM | Show all posts
bile lar misteri mh370 nak terbongkar...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-7-2019 06:28 PM
tq Mod.
nanti nak baca yang details.


sama la dulu suka tgk air crash investigation. tp skrg jarang sbb da unsubs astro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2019 10:04 AM | Show all posts

Ahad, 14 Julai 2019 | 1:36am

Semakin banyak bukti MH370 adalah kes bunuh diri

PARIS: Juruterbang penerbangan MH370 yang hilang pada 2014 didakwa ‘mengawal pesawat itu sehingga saat-saat akhir’, ketika ia terhempas di Lautan Hindi.

Menurut laman berita DailyMail, Khamis lalu, pasukan penyiasat Perancis diberikan akses kepada ‘banyak’ data penerbangan Boeing yang dihantar pesawat Malaysia Airlines itu, sebelum nahas. Ia termasuk pelbagai dokumen dan data satelit syarikat komunikasi satelit di Britain, Immarsat.

Katanya, mereka dijangka memerlukan masa ‘setahun’ untuk meneliti semua maklumat daripada Boeing, namun siasatan awal mencadangkan ‘seseorang mengawal pesawat, ketika ia terhempas di Lautan Hindi’.

Penyiasat menyandarkan pandangan itu pada data yang menunjukkan ‘beberapa pusingan luar biasa pesawat Boeing 777 itu yang hanya boleh dilakukan secara manual’.

Perancis adalah satu-satunya negara yang masih menjalankan siasatan kehakiman terhadap nahas itu dan kini meneliti kematian tiga penumpang warganya iaitu seorang wanita serta dua anak mangsa.

Akhbar Le Parisian memetik penyiasat Perancis yang mendedahkan mereka diberikan akses kepada data Boeing, Mei lalu, dan kini sibuk menelitinya.

Difahamkan, penyiasat perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan, sebelum penerbitan data itu bermakna ia tidak boleh dipetik di mahkamah.

Le Parisian memetik seorang sumber rapat kepada siasatan berkata, beliau percaya pembunuhan dan bunuh diri sebagai penjelasan paling munasabah nahas itu.

“Beberapa pusingan luar biasa dilakukan pesawat Boeing 777 itu hanya boleh dilakukan secara manual. Justeru, seseorang mengawalnya. Ia masih terlalu awal untuk mengesahkannya. Namun, tiada maklumat menunjukkan ada individu lain masuk ke kokpit,” katanya. - Agensi/ DailyMail

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-7-2019 06:28 PM
tq Mod.
nanti nak baca yang details.



Sama...
Suka ngok channel mngenai air crash investigation kat net geo jgak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 06:19 PM | Show all posts
Masa 90an dulu RTM2 ada tayang movie kes kapal terbang terhempas kat gunung, yang terselamat siap makan daging mayat untuk terus hidup. Dari kisah benar, lupa pulak tajuk cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 12:10 PM | Show all posts
salamon replied at 10-7-2019 01:44 AM
bile lar misteri mh370 nak terbongkar...

tu lah sampai skrg tak tau apa sebenarnya yg jadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 12:29 PM | Show all posts
tragedi MH370 x diklasifikasi sebagai kemalangan ek?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067031 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list