CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23968|Reply: 152

"Sakit Hati Pula Tengok Cerita Ni.."- Drama Disleksia: Netizen Kritik

[Copy link]
Post time 8-7-2019 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Sabtu lepas, sebuah drama bertajuk 'Disleksia' telah ditayangkan untuk slot 'Cerekarama'. Drama ini telah dilakonkan oleh Emma Maembong, Nazim Othman dan juga Jasmin Hamid.


Naskhah ini telah mendapat perhatian dan pujian para netizen kerana kelainannya. Kalau anda nak tahu, drama ini diterajui oleh penerbit terkenal iaitu Sheila Rusly.





Pun begitu, ada juga beberapa kritikan yang telah ditemukan oleh penonton mengenai drama ini. Antaranya ialah kesahihan fakta mengenai disleksia yang dipaparkan melalui drama ini.


Sheila Rusly tidak mendiamkan diri malahan membalas kritikan netizen yang menyelar mutu fakta penyakit disleksia ini.



Kredit foto: Instagram



Yang paling kelakarnya apabila mata tajam netizen terlihat gambar perkahwinan antara Emma dan Nazim untuk drama sebenarnya telah diedit daripada gambar asal perkahwinan Nazim terdahulu bersama Bella Daly.







Kredit foto: Twitter


Netizen memang bahan habislah apabila melihat suntingan yang 'fail' ini. Nampak macam kerja last minute sangat!



Kredit foto: Twitter




Apa pula pendapat anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
No komen sbb x tgk....cerita js picture ke....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:18 PM | Show all posts
pix kahwin ni selayak nya di kecam

xbole ke buat photoshoot baru utk gambar pengantin tu
edit pon lawak namatey

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin pelik muka nazimah georgia altantuya ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:23 PM | Show all posts
cyst... sila ke ig terlajak spender untuk research cemana person with dyslexia punya ayat percakapan semua
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Adoi, edit gambo tu takleh tahan Ni mesti fikir penonton tak perasan kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentapnye ko kak.org komplen elok2 je pn
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biadap nye lah edit gambar kawen ngan Bella tu. Kalau aku Bella, aku marah ok. Mcm kena main2kn je perkahwinan dgn Nazim tu. Setan tol. Nampak sgt level nazim gayah ni kat mana bila dia benarkn muka Emma tepek atas muka Bella.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 03:51 PM | Show all posts
sejak Shiela rusli ni agak lancang berckp or balas komen nitizen....dh x berapa nak tgk cerita dr company dia....

JN n SR sama jek..dua2 x best....bajet bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:51 PM | Show all posts
Edit gamba tu lawak. Aku rasa memang sengaja buat cincai begitu ahaha btw aku rasa ok je cerita ni. Dah namanya budak tu tak disuruh pergi terapi dari kecik, idokla dia improve sampai ke tua
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:57 PM | Show all posts
tak taw la sebab tak tengok pun awal2, tngok dah pukul 11 lbh itu pun sekejap. nazim Nampak tua, lakonan pulak ohmaiiii.. apooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:57 PM | Show all posts
crazybeach replied at 8-7-2019 03:23 PM
cyst... sila ke ig terlajak spender untuk research cemana person with dyslexia punya ayat percakapan ...

Hahaha.. kan, contoh yg paling dekat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:57 PM | Show all posts
Edited by seri_mawr at 8-7-2019 03:58 PM

Ada tak ciri2 bawah ni..aku tak tgk drama Shiela ketuk2 ramadhan ni..

http://www.myhealth.gov.my/disleksia/

Apa itu Disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.

Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh

Mempunyai keupayaan intelek yang normal

Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi


Mereka mungkin mengalami kesukaran


Membaca
Menulis
Memahami
Mengeja
Mengira

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :


Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Payah mengenal bentuk atau warna
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
15 dengan 51
“was” menjadi “saw”
‘b’ dengan ‘d’‘

Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah



Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)

Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi

Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya

Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan

Gangguan emosi (seperti kemurungan)
Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
Merasa pergerakan bibir
Menulis huruf atau perkataan


Langkah-langkah pemulihan :

Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
Gunakan video atau kaset untuk belajar

Program pemulihan khusus :

Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Xtgk citer ni lg2 production cyst, bosan!
Tp part edit pic kawin tu mmg epic fail
Org skrg ni bijak2, semua diaorang perati tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:00 PM | Show all posts
lagi 1, bila emma scroll hp symptom dyslexia, kesukaran untuk membaca. dalam tu nazim fail test computer macm sgat2 susah .. abis waktu nikah tak payah baca taklik ke?tak kan la emma tak perasan. hmmm tgok DSA dyslexia ok je jutawan lagi walupon eja video, vedio masih boleh buat caption panjang2. nazim Nampak lebih kearah autism je
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Standard lah js picture punya research. Tapi gambar kawin tu mmg kelakar... Bella boleh saman js picture dok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 04:17 PM | Show all posts
i tak sempat tengok full..
buka-buka dah last time dorang bermaafan tu..
ingatkan laki dia ada masalah gagap or lembam or autism..
rupanya dyslexia..
tak kena character dia bawak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalu drama production susterrr ni lah memang pangkah abis abisan. Memang pesen picisan tangkap muat nampak gah je drama dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyst ni mmg tak boleh ditegor langsung aihhhh.....sume dia jek yg betui...camne la drama x cam hareeeeee......
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 05:13 PM | Show all posts
kalau taknak orang komen,
off jelah ruang komen..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.069125 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list