Kebelakangan ini, banyak sungguh isu tular melibatkan orang Kelantan. Daripada isu gadis pijak Al-Quran sampailah isteri suka 'menambah perasa' sampai suami serang cikgu.
Tidak dinafikan, orang Kelantan adalah antara orang yang sering dipandang serong. Dikatakan berpuak, pengotor, miskin dan pelbagai lagi tuduhan. Sampai kadang-kadang kita terpula yang sebenarnya mendiskriminasi mereka tanpa mengenali dahulu hati budi mereka.
Maka, seorang pengguna Twitter semalam memulakan tanda pagar, #KelantanKindness untuk mencari kisah dan cerita baik-baik mengenai orang Pantai Timur ini. Tanda pagar itu kini trending di Twitter!
JANGAN PUKUL SAMA RATA
FOTO: TWITTER
Antara yang paling banyak diperkatakan orang luar mengenai Kelantan adalah makanan mereka sedap! Malah, pandai melayan tetamu yang berkunjung.
MAKAN SEDAP DAN PANDAI LAYAN TETAMU
FOTO: TWITTER
Selain itu, orang Kelantan juga dikatakan tidak lokek hendak menolong kalau berkawan.
OKAY JE BERKAWAN DENGAN KELANTAN. FOTO: TWITTER
Dikatakan juga integriti pemimpinnya tinggi. Bagaimanapun, perkara ini macam boleh dipersoalkan je....
BETUL KE....FOTO: TWITTER
Ada juga yang berpandangan mereka yang buruk sangka dengan orang Kelantan ni tak pernah duduk di negeri itu.
TAK PERNAH DUDUK KELANTAN?
FOTO: TWITTER
Dan bagi sesiapa yang tidak berkenan dengan orang Kelantan, hati-hati banyak dah kes terpaut hati sampai terkahwin dengan orang Kelantan!
HATI-HATI NANTI TERPAUT HATI
FOTO: TWITTER
Jadi, apa kata anda? Ada pengalaman baik (atau buruk) dengan orang Kelantan?
Sek kito jange pecoh! - CARI |