Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah memang dikenali sebagai pasangan duet serasi sejak kejuaraan mereka dalam Anugerah Juara Lagu tahun lalu. Terbaharu, pasangan duet yang semakin diperkatakan, Siti Nordiana dan Khai Bahar mengikuti trend duo lagu-lagu masa kini. Jadi, apabila program Meletop meminta warganet membuat pilihan pasangan mana yang lebih 'sweet', ada yang memberi komen nakal.
"Both of them are 'cougar', and the boys...they are allergic to kerang."
Kredit foto:
"Khai- Hael much better"
Komen tersebut mendatangkan rasa ingin tahu dalam kalangan warganet. Ada yang langsung tidak menjangka Khai dan Hael tidak menyukai perempuan, ada yang menyatakan bahawa ingatkan salah seorang sahaja. Sementelah lagi istilah 'cougar' sinonim dengan wanita kaya yang berusia 40an ke atas sangat tidak menepati ciri-ciri yang ada pada Nana (35) dan Dayang (37).
Bagi yang tidak menjangka yang Hael dan Khai 'didakwa' sebagai tidak menyukai perempuan, tergambar kekecewaan tersebut kerana kedua-duanya dipandang kacak serta tampak lembut pada wanita. Manakala Nana dan Dayang langsung bukanlah 'cougar' yang dimaksudkan.
Kredit foto:
Kredit foto:
Bagi yang tidak mempercayai gosip-gosip ini pula dikatakan terlalu naif dengan dunia seni hiburan.
Jadi, bagaimana? Anda rasa ianya benar? Ataupun sekadar gosip semata-mata? Atau adakah hanya mereka yang berada dalam dunia seni ini nampak apa yang berlaku sebenarnya? - CARI
|