CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9320|Reply: 88

Najib Tidak Hadir Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Apa Puncanya?

[Copy link]
Post time 31-7-2019 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kredit foto: Astro Awani



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 30 Julai.



Sudah tentu perkara itu menimbulkan persoalan kerana sebagai bekas pemimpin tertinggi negara, Najib sepatutnya hadir untuk menyaksikan upacara penting tersebut.


Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya mendakwa perkara itu ada kaitan dengan krisis pergeseran politik yang berpunca daripada dendam antara dua pihak.


Melalui status dalam laman Facebook miliknya, dia menjelaskan, protokol istana menetapkan bahawa bekas Perdana Menteri ditempatkan di kedudukan ke-10 manakala Perdana Menteri di kedudukan keenam.


Dr. Mahathir bersedia untuk memulakan ucapan pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Kredit foto: Facebook / Unit Fotografi Jabatan Penerangan



Berdasarkan dua kedudukan itu, Najib sepatutnya duduk di barisan yang sama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


"Sama juga dengan jawatan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Menyampah macam mana pun, dua pemegang jawatan ini perlu duduk bertentangan antara satu sama lain di Dewan Rakyat.

"Apa-apa cubaan mengubah kedudukan orang kenamaan ketika program istiadat pertabalan hanya kerana si A tak mahu tengok muka si B menunjukkan rasa tidak hormat dan sombong. Itu bukan sikap negarawan," katanya.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Abdul Rahim turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengubah kedudukan Najib pada saat akhir ke barisan belakang atas kapasitinya sebagai Orang Besar Berempat di Pahang.





Najib turut diberi pujian kerana berjiwa besar apabila mengalah bagi mengelakkan istiadat yang penting itu tertangguh.


"Tuan memperoleh lagi rasa hormat saya," kata Abdul Rahim.


Najib juga memperjelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku melalui status dalam Facebook miliknya pada 31 Julai.


Kredit foto: Facebook



Susah juga kalau urusan berkaitan istana turut dipolitikkan semata-mata kerana pertelingkahan yang tidak berkesudahan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Busy dgn ysuku dia la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo psl tempat duduk pon mau gaduh2 ka?  Ikut saja protokol tu kan senang... kalau x suka pandang tempat lain lah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:12 AM | Show all posts
Maafkan hakak, so Anwar tu dtg sebagai apa? malas nk cri info dlm google
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:15 AM | Show all posts
kualibesi replied at 31-7-2019 11:12 AM
Maafkan hakak, so Anwar tu dtg sebagai apa? malas nk cri info dlm google

suami pada TPM???hahahhahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:28 AM | Show all posts
takkan la majlis protokol negara inform ubah tempat pukul 6.30pagi. tak logik je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2019 11:37 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 31-7-2019 11:15 AM
suami pada TPM???hahahhahaha.....

haha harap ad la someone bgthu kan. kot la pegang pangkat diraja ke apa ke.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:41 AM | Show all posts
kualibesi replied at 31-7-2019 11:37 AM
haha harap ad la someone bgthu kan. kot la pegang pangkat diraja ke apa ke.

masa diaorg smpi..TV cuma announce sebagai suami pd TPM....kihkihkih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 11:42 AM | Show all posts
seller6183 replied at 31-7-2019 11:28 AM
takkan la majlis protokol negara inform ubah tempat pukul 6.30pagi. tak logik je

tapi xlogik juga najib xder sebab dia org kuat pekannnn
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:58 AM | Show all posts
PMO takde kuasa nak ubah tempat kat istana negara tu. Semua tu ikut protokol. Suppose boleh je Najib hadir as ex PM. Tempat dia ada je diperuntukkan. Kalau takde tempat , surat akan dihantar untuk elak kan kesipuan macam kes tahun 2016 ex pm4 dimaklumkan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
natrahn replied at 31-7-2019 11:58 AM
PMO takde kuasa nak ubah tempat kat istana negara tu. Semua tu ikut protokol. Suppose boleh je Najib ...

Yes babe... I masih igt lagi... Teruknya layanan depa ke Tun M time tu sampai keluar surat kesipuan.. Now cash back
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:07 PM | Show all posts
Bukan nak elak dari kesipuan ker..

Eh lupa, sipuapabosskau  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
X patot la pukol 6 pagi baru info....ni sje x nak bagi coverage kat najib masuk tv nasional....hahhah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa effect pun Jibby tu masuk TV Nasional..owh Lupa  Dia kan penjenayah klepetrokasi tersohor dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn percaya najib kaki provokasi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa lah cerita2 cmni, buat fitnah dulu, sebarkan fitnah, bila kantoi memfitnah, sembang sesama sendiri smbil cakap org lain fitnah, munafik bagai. Ulang tayang jah fitnah cacai semua ni. @sarah82 @dino @harisbee @tobby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 12:26 PM | Show all posts
kelana36 replied at 31-7-2019 12:07 PM
Bukan nak elak dari kesipuan ker..

Eh lupa, sipuapabosskau

kah kah kah... #sipusipuboskau pulak dah haaahha..sis terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kualibesi replied at 31-7-2019 11:12 AM
Maafkan hakak, so Anwar tu dtg sebagai apa? malas nk cri info dlm google

Suami tpm lah dek... Pasangan menteri2 semua pon ada jah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:28 PM | Show all posts
kelana36 replied at 31-7-2019 12:07 PM
Bukan nak elak dari kesipuan ker..

Eh lupa, sipuapabosskau

bodoh kau ni tak baca berita

bongok cam sipu tbabi


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:29 PM | Show all posts
babyhubby85 replied at 31-7-2019 12:02 PM
Yes babe... I masih igt lagi... Teruknya layanan depa ke Tun M time tu sampai keluar surat kesipua ...

peminat dia percaya la citer kena tukar kusi lah...baju tak sempat amik lah.. ni tak kira fitnah istana negara ke caner eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.449050 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list