View: 10718|Reply: 82
|
Gara-Gara Gangguan Teknikal, Vlogger Terkenal Ini Kantoi Umur 58 Tahun Dan Berwa
[Copy link]
|
|
Kantoi! Rahsia seorang vlogger yang boleh dikatakan sangat terkenal di China akhirnya diketahui selepas siaran langsung bersama peminat beliau mengalami gangguan teknikal ketika bersiaran langsung.
Vlogger tersebut yang sebelum ini sering menggunakan aplikasi 'filter' itu rupanya-rupanya seorang wanita yang sudah berusia 58 tahun. Dikenali sebagai Your Highness Qiao Biluo, beliau menggunakan 'filter' tersebut untuk tampil lebih muda daripada usia sebenar.
Pendedahan penipuan tersebut berlaku ketika Qiao Biluo disaksikan ribuan peminat yang menantikan beliau untuk bersiaran langsung di laman platform Douyu di China.
Beliau yang dikatakan mempunyai rupa paras menarik itu akhirnya kantoi apabila telah dikesan menggunakan 'filter' video untuk mendapatkan sumbangan.
Namun, penggunaan 'filter' tidaklah begitu asing dalam kebanyakan vlogger di China namun ramai yang tidak menyangka Your Highness Qiao Biluo sangat 'berbeza' daripada realiti sebenar. Malah, peminat Douyu juga tidak menyangka bahawa umur sebenar vlogger tersebut sudah pun mencecah 58 tahun!
Sebelum ini, ramai yang telah meminta untuk beliau menunjukkan wajah sebenar namun enggan untuk melakukan pendedahan sebenar dan berjanji akan menunjukkan rupanya yang sebenar setelah menerima sumbangan yang mencukupi.
"Saya tak boleh tunjuk wajah saya sebelum terima hadiah sumbangan yang mencukupi iaitu sebanyak 100,000 yuan (RM 60,000). Lagipula saya memang seorang hos yang cantik," ujarnya kepada peminat sebelum gangguan teknikal itu berlaku.
Ketika sedang 'live' di Douyu, 'filter' yang sedang digunakan vlogger tersebut tiba-tiba sahaja mengalami masalah sekaligus mendedahkan wajahnya yang sebenar. Pendedahan tersebut menunjukkan wanita itu lebih gempal dan tua.
Sejurus selepas aksi itu dipaparkan, ramai peminat yang mempunyai akses VIP mula meninggalkan platform tersebut malah ada yang membatalkan sumbangan mereka. Qiao yang kemudiannya baru menyedari dirinya telah tertangkap kemudian segera menghentikan siarannya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak cantik tak apa asalkan bermaruah |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya filter ni..baru tau ada filter macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk....
jauhnya beza |
|
|
|
|
|
|
|
Uihh... Kalau tengok gambar tu, jauh panggang dari api bezanya. Tu la, menipu lagi. Kan dah kantoi, malu je |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by weezerfan at 1-8-2019 03:28 PM
Yg kanan gemuk tu diri dia sebenar rupanya. Kompius aku |
|
|
|
|
|
|
|
face filter ni boleh tukarkan rupa lelaki jadi pompuan..bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahaahahahahhahaahahahahahaahaah, marhaen jua |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 lah filter pun hahaha... ni mmg kantoi gila2 |
|
|
|
|
|
|
|
x faham... so rupa yg dia tipu tu yg mana? xde nampak yg baju sama pun...? |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 1-8-2019 03:28 PM
ada tak? aku tak reti nak tempek video.
sebelah tu bukan muka dia, kan?
dorang macam sembang ...
Terimakasih.. Ingatkan muka dia dari cantik, tetiba jadi yg asal.. Rupanyabsekadar civer dgn anime je la |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha, kesiann follower beliau |
|
|
|
|
|
|
| |
|