CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16787|Reply: 156

'Saya Nak Sangat Minta Maaf Kalau Zulfarhan Masih Hidup Sebab Gagal Selamatkan D

[Copy link]
Post time 5-8-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Muhammad Akmal Akif Alias, 23, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan rasa kesal kerana gagal menyelamatkan Allahyarham.

"Seandainya Zulfarhan masih hidup, saya mahu minta maaf kerana gagal selamatkan dia.

“Saya nak sangat minta maaf kalau Allahyarham Zulfarhan masih hidup sebab tak dapat nak selamatkan dia.





“Tapi saya sentiasa doakan dia. Kalau kita doakan dia di sana, saya percaya dia akan bantu kita dekat sini, Insya-Allah,” katanya kepada mStar Online seperti dipetik Utusan.


Malah, Muhammad Akmal mengakui kejadian itu menjadi igauan ngeri buatnya dan masih dihantui perasaan takut berdepan masyarakat biarpun sudah dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

"Selagi saya dikategorikan sebagai orang kena tuduh (OKT) ia bukanlah sesuatu yang mudah dan apa yang terjadi memberi kesan kepada saya dan keluarga.

“Pelbagai kecaman dilemparkan, malah ada segelintir masyarakat memandang serong serta mempertikaikan keputusan mahkamah yang membebaskan saya sehingga saya berasa takut untuk berjumpa dengan orang luar,” katanya.


Terdahulu, enam penuntut universiti berkenaan dipanggil untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.


Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Selain itu, 12 penuntut universiti sama yang didakwa mencederakan mangsa turut dipanggil untuk membela diri. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
J I J I K S S S
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Napa dia lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:00 AM | Show all posts

dia salah sorang yg tulis surat layang bagi kat warden mintak selamatkan arwah zulfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:01 AM | Show all posts
aku rasa dia join geng2 ni.....tp x join pukul sekali....dia perati je.....mungkin gelak2 sama2.....tp kes buli membuli dgn bangsa melayu pisah tiada......
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:02 AM | Show all posts
statement warden tu ada tak? dia tak rasa bersalah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2019 11:05 AM | Show all posts
susah nak brain la jenis2 manusia yg sanggup buli orang sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:06 AM | Show all posts

Sebab dia yang hantar surat layang berkali-kali kat pusat kesihatan and warden untuk selamatkan arwah. Dia terjumpa arwah kat bilik tu dalam keadaan tenat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 11:07 AM | Show all posts
sidewinder replied at 5-8-2019 11:01 AM
aku rasa dia join geng2 ni.....tp x join pukul sekali....dia perati je.....mungkin gelak2 sama2..... ...

Dia tak join, dia cari kawan dia dalam bilik tu, bilik tu kosong kalau tak silap tapi terjumpa arwah dalam keadaan tenat tengah berbaring.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:10 AM | Show all posts
menghantui idop dia sampai akhir hayat...apa boleh buat dah gitu suratan idop ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:16 AM | Show all posts
I juz wondering macamana pengalaman dia selama berada dalam penjara jadi OKT?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:16 AM | Show all posts
peliknyee.. baca ke x knp dia lepas.. dia yg hantar surat layang tu..bukan sekali tp 2 x kot..
ade jugak yg bg komen menghentam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:20 AM | Show all posts
Kesal yang tak berhunjung hingga akhir hayat pastinya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:54 AM | Show all posts
bukan dia eh yang masuk bilik nak ambil baju pastu nampak org ramai2 tapi terus je keluar?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 11:57 AM | Show all posts
yang penting cakap jujur je
dan minta maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-8-2019 11:54 AM
bukan dia eh yang masuk bilik nak ambil baju pastu nampak org ramai2 tapi terus je keluar?

Itu org lain. Ilham ke apatah nama budak tu. Akmal akif ni memang takde langsung di tempat kejadian. Dia dan aufa yang tulis surat layang 2 kali untuk inform keadaan arwah farhan kepada warden. Yg nampak arwah dalam keadaan tenat kalau tak silap adalah aufa. Dia balik ke bilik, cerita pada akmal akif dan diorang berpakat tulis surat layang tu.

Pelik aku ada yg main hentam budak ni tak ikut dari awal kes ni. Kesian budak akmal ni jadi mangsa keadaan. Yg jahat tu akmal zuhairi, dia ni akmal akif. Ada yg tuduh macam2 kata budak ni macam2 sebab terlepas dari pertuduhan. Semoga yang terbaik untuk dia dan aufa tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2019 12:03 PM | Show all posts
kes ni menjadi pengajaran kpd pembuli2 di luar sana...baik yg muda mahupun yg tua...bullying is not the solution!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 12:08 PM | Show all posts
fahima80 replied at 5-8-2019 12:02 PM
Itu org lain. Ilham ke apatah nama budak tu. Akmal akif ni memang takde langsung di tempat kejadia ...

oo...ingat dia yang masuk bilik tu then tulis surat layang. bnyk sgt nama OKT keliru sudah.

mana dia tak kena hentam, org main baca tajuk tak baca detail satu hal, nama pun sama dgn akmal zulkhairi tu, then wartawan pun tulis akmal je..mengundangla kan..


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 12:09 PM | Show all posts
kenapa nak kena tulis surat layang

apa lecture lecture kat dalam  tu semua jenis setan ke atau semua makan suap

kenapa ko tak report kat lecture je kalau ada kes kes macam ni apa yang ko takut sangat sampai kena bagi surat layang bagai

ni bukan zaman mesin taip dik

orang dah mati baru ko sibuk nak mintak maaf

ntah kenapa aku rasa budak ni sama je ngan geng pembunuh tu

cuma ko bernaib baik sebab terlepas

ni kes paling pelik aku pernah  kat baca kat malaysia  

punya ramai ummah manusia kat uni iron tu sampai ko kena bagi surat layang
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 12:09 PM | Show all posts
kucingitam replied at 5-8-2019 12:08 PM
oo...ingat dia yang masuk bilik tu then tulis surat layang. bnyk sgt nama OKT keliru sudah.

man ...

nak buat guane sisthur...ummah meleis mg malas membaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.103430 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list