Moshed Mohamad, seorang usahawan yang terkenal dengan channel Youtube yang berkongsikan tentang saham dan Forex. Pernah viral beberapa bulan lepas apabila beliau membelanjakan RM1000 untuk pekerja KFC dan orang yang mengisi minyak di Petronas, kini beliau tular lagi apabila Moshed membeli kesemua nasi lemak yang tidak habis dijual oleh seorang pakcik.
Semuanya bermula apabila beliau sering ternampak seorang pak cik yang termenung semasa berniaga nasi lemak di jalan yang sering dilalui oleh Moshed.
"Saya dulu pun pernah berniaga nasi lemak, so saya tahu apa perasaan pakcik tu," ujar Moshed apabila menceritakan sebab dia berbuat sedemikian.
Menurut pakcik itu, dia mula berniaga nasi lemak selepas pencen daripada menjadi pemandu lori. Mempunyai 6 tanggungan anak, pakcik ini nekad untuk mencari duit sampingan dengan mengambil upah menjual nasi lemak kerana masih mempunyai dua anak yang masih belajar.
Video-video sebegini mungkin dianggap sebagai perbuatan riak oleh sesetengah pihak, namun video positif seperti ini mampu untuk memberikan contoh buat orang di luar sana untuk sentiasa berbuat kebaikan. Syabas buat Moshed! - CARI
Post time 6-8-2019 09:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mintak maaf la iols x mampu nak tipu diri sendiri...skrg susah pulak iols nak berhusnuzon dgn org2 suka record diri sendiri buat baik ni..tetambah yg ada bisnes cam Moshed ni...come on la...
perbuatan orang yang merekod bideo dia derma bagai ni menyusahkan oragn lain yang meniaga suam suam suku. Kerajaan dah cakap cakap nak force cukai utk biz online. bila ada video2 macam ni hanya akan mempercepat keadaan.
kerajaan ingat rakyat banyak duit. kerajaan ingat cukai2 sedia ada ni pada rakyat takde apa.
Forex dan saham ni orang yang claim dia berjaya tu bukan pasal dia main saham dan forex. tapi class dia. satu kali class dah RM 70 . kalau yang pergi tu 100 orang dah berapa dah. Bak kata orang putih "they have earn on u what u want earning "