"Belum pun cerita keluar panggung, menggelabah cipan mufti filem ni jatuhkan
hukum walaupun pihak berwajib dah bagi kelulusan."
Wah! Marah betul Azhan Rani.
Segala luahan kekecewaanya diluahkan di medium Instagram berkenaan kontroversi drama Demi Tuhan Aku Bersaksi yang sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu. Pemegang watak Ustaz Hamadi ini menyatakan sikap golongan beginilah yang sebenarnya menjatuhkan agama, bukannya mereka.
Sudahlah karya belum pun ditayangkan lagi, tetapi ramai pihak seolah-olah membela agama dalam kepanasan. Ada yang bersuara kerana inginkan perhatian, kononnya acah-acah kafir dan sesedap mulut melabelkan orang lain kafir. Tapi dalam masa sama sebenarnya munafik!
Kredit foto: IG
Menurut Azhan lagi, golongan yang mengecam sebegini seolah-olah mempunyai agenda sendiri seperti kononnya membela agama tetapi pada waktu senggangnya melayan IG artis atau pun Tumblr.
"Sibuk marah orang tak takut tuhan, tapi gigih buat cerita hantu ajak orang takut setan.
Sudahlah, karya tu pun belum bercerita lagi."
Kredit foto: IG
Tambah Azhan lagi, persepsi negatif inilah yang menyebabkan pengkarya tempatan takut mahu berkarya yang keluar dari kepompong. Ini kerana sikap warganet yang belum menontonnya lagi, tetapi sudah berbahas seolah-olah tahu segala inti cerita tersebut. Sampai bila mahu menyembunyikan sisi gelap segelintir penunggang agama ini?
Pendapat itu turut dipersetujui oleh pengarah drama Nur, Sharulezad yang meluahkan kekesalannya sikap segelintir orang Malaysia yang bagaikan api dalam sekam.
Kredit foto: IG
Sikap menghakimi sesuatu perkara terutamanya yang melibatkan agama sangat berleluasa dalam kehidupan masyarakat kita. Mungkin ia baik kerana membela agama tetapi sepatutnya perlu berlaku adil dengan menyiasatnya terlebih dahulu adakah benar dakwaan tersebut atau sekadar kata nista yang tidak berfakta?
Mesti ramai yang tidak sabar untuk menantikan penayangan drama ini kan? Harap pihak RTM tidak gentar dengan kecaman sebegini. Kita perlu lebih banyak filem yang membuka mata dengan realiti dan bukan sekadar cinta korporat. - CARI
|