CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3924|Reply: 29

Bible Pun Ada Dalam Bahasa Arab, Buat Apa Takut Jawi - Kata Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 9-8-2019 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Masih lagi berkenaan isu tulisan jawi yang menjadi perdebatan ramai apabila ia seolah-olah ditakuti oleh golongan bukan Islam di negara ini.


Memetik laporan ProjekMM, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memberi saranan kepada orang ramai agar tidak takut dengan tulisan jawi.


Ini kerana katanya, tulisan tidak mempunyai kaitan mahupun mewakili agama.


Kredit foto: carian internet




“Huruf tidak mewakili apa-apa, apa yang ditulis itu yang mewakili,” katanya menerusi satu kuliah.

“Di negara Arab ‘bible’ dalam bahasa apa? Dalam bahasa Arab. Penyanyi-penyanyi rock Arab nyanyi dalam bahasa apa? Dalam bahasa Arab.”

“Macam songkok, songkok di negara India pun ada yang pakai, nabi tak pakai, macam baju Melayu dan sampin, yang merupakan pakaian Melayu.”


Katanya lagi, pengenalan jawi di sekolah tidak perlu ditakuti kerana ia merupakan warisan sejarah negara.


Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching ada mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam semua buku teks sekolah baru-baru ini.


Pun begitu, keputusan tersebut dibantai ramai pemimpin DAP. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2019 05:08 PM | Show all posts
ntah apa ntah bahlol2 dapigs ni nak mengelupur cambabi sebab khat jawi

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 05:14 PM | Show all posts
pasal khat je rmi yg menggelupur. pasal jawi ja rmi yg bising
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 05:23 PM | Show all posts
mufti ni pun

kasi la tau bible versi mana

bible versi yg ke 23 ke atau bible versi yg ke 28,564 karangan king james ke karangan king arthur ke


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Khat cantik kutt
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari belajar jawi

   

   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semua buku trks tukar jd jawi, iols pon bantah. Sedangkan matapelajaran ugama dlam jawi pon iols xsetuju
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang dah tahu lah tu, itu yang takut, panji hitam akan keluar dari timur, bendera diorang nanti pun tulisan jawi, info2 semua tulisan jawi, melayu dah siap2 nak buat kod2 rahsia,

Lah sembang mcm hebat, melayu baru angkat bontot sikit kerusi bergetar dah takut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa dengan tulisan jawi, bukan macam perkataan Allah yang diaorang suka2 nak guna kongsi bersama. Lepas ni mula la buat isu nak bagi non moslem guna perkataan Allah macam kat indonesia. Saja nak buat onar la ph ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 10:51 PM | Show all posts
Ada jugak yg bodoh
Nak kaitkan bunyi Johor
bila tulisan jawi jadi juhar
Cuba kau letak
perkataan cermin dalam tulisan rumi
suruh orang putih baca
ada bunyi cermin tak?

bangang bangang

"ahak"

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 9-8-2019 10:22 PM
ejaan jawi banyak kekurangan, negeri sembilan jadi negeri sambilan, johor jadi juhar, dll

Keldai jadi keladi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat aku , yang memusnahkan jawi tu adalah kerajaan dan orang melayu sendiri, kalau sayang tulisan jawi kenapa utusan melayu edisi jawi boleh merosot terus jualan hingga ditutup terus pengeluaran.lagi satu nak lari tajuk sikit, masa kami ambik SRP dulu dulu, mata pelajaran ugama islam adalah subjek pilihan boleh diganti dengan lukisan.tengok macam mana level subjek ugama islam masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 07:46 AM | Show all posts
puak DAP jer yg menggelupor kepanasan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 08:32 AM | Show all posts
cambaik replied at 9-8-2019 10:51 PM
Ada jugak yg bodohNak kaitkan bunyi Johorbila tulisan jawi jadi juharCuba kau letakperkataan cermin  ...

Betul jugak tu, dalam English "c" kebanyakannya akan jadi sebutan "k"....... Yang tu tak dipertikaikan pulak..............
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 10:34 AM | Show all posts
tak salah pun belajar bahasa jawi
takde kaitan dengan al-quran ...
perkataan rumi diganti dengan perkataan jawi ...
orang dulu relaks jer .. kenapa sekarang macam panas bontot melantun-lantun?

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 10:51 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-8-2019 10:59 PM

apabila dibaca kenyataan berita yang dikeluarkan setelah penjelas Dr MAszlee Malik, terdapat satu frasa yg menjengkelkan sebab tidak pun mengambil ruang ini untuk menerangkan apa itu proses  islamisasi ilmu :  ISLAMISASI
https://mforum1.cari.com.my/foru ... 9679&extra=page%3D3
i think kekeliruan dan proses pemahaman kena penting supaya penerangan sebenar dapat diberikan dan kekeliran dapat dihapuskan , ini tidak ...dibiarkan frasa itu jadi frasa dan tak cuba untuk dijelaskan , suggestion i guna peluang ni terangkan apa itu ...

kekadang benda simople je tapi reaksi tu besar sebab tak faham frasa je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kalau tgk bible dlm bahasa melayu mufti2 ni jgk yg mengelupur nanti... agenda jarum halus kristianisasi bangsa melayu katanya nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin mereka yg ketakutan tu selama ni dah kena brainwash bahawa bible arab malah bible Melayu/indonesia adalah haram digunakan sbb byk perkataan arab yg eksklusif milik orang Islam dan bukan Islam dilarang menggunakannya menurut beberapa enakmen di Malaysia ni. Jadi bila kerajaan nak introduce apa2 yg berbentuk keraraban sikit terus dicopnya agama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah yg menggelupur pasal huruf "t" kat biskut dan bangunan pun apa kurangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsomeya to asri nih.. Geram.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.180467 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list