"Kita semua tahu, Fazura memang cantik kan?
Jadi berlakon pun rasa nervous, nak touch macam mana."
Begitu jawapan Remy Ishak apabila ditanya perasaanya berganding dengan aktres berbakat, Fazura dalam filem Dendam Pontianak.
Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan tanah air selama 15 tahun ini, peluang berlakon bersama Fazura adalah antara yang ditunggu-tunggu. Namun ketika sesi penggambaran dimulakan, Fazura baru sahaja bernikah dengan Fattah Amin, jadi ia menimbulkan rasa segan serta susah.
Dalam sidang akhbar filem tersebut, Remy menjelaskan yang beberapa babak memerlukan mereka bersentuhan dan berpegangan tangan. Ia membuatkan dia berasa kekok. Lagi pula kecantikan Fazura juga membuatkan dia terpegun seketika.
"Susah sangat sebab masa tu Fazura baru kahwin kan? Jadi nak pegang dia, nak belai tu buat rasa alamak! Nak touching pun bit difficult."
Ig
Bagaimanapun Remy mengakui yang ianya adalah satu penghormatan berlakon dengan aktres serba boleh ini.
Fazura turut menyampuk bahawa dia turut mengagumi bakat dan komited Remy Ishak sebagai pasangannya dalam filem seram ini.
Ig
Mesti ramai yang tak sabar untuk menyaksikan filem ini kan? Drama latar belakang 60an, genre yang berbeza dan pelakon A-list diharapkan pecah panggung ya. - CARI
|