Gara-gara gagal menyelesaikan hutang, seorang ahli perniagaan bukan sahaja berdepan dengan bunga tinggi malah diugut akan dilacurkan.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 28 tahun itu kini hidup dalam ketakutan kerana terpaksa membayar bunga RM1,000 setiap jam bagi menyelesaikan hutang dengan along tidak berlesen.
Wanita yang dikenali sebagai Wong juga berkata, dia mencari peminjam itu menerusi Facebook pada 29 Julai lalu.
Kredit foto: Harian Metro
“Namun ketika berurusan saya menolak pinjaman yang ingin dilakukan kerana bunga pinjaman terlalu tinggi dikenakan.
“Bagaimanapun saya diberitahu oleh lelaki dikenali sebagai Lim pinjaman saya diluluskan dan sudah dimasukkan ke dalam akaun," katanya menerusi Biro Pengaduan Awam MCA.
Katanya lagi, bunga yang dikenakan sangat tinggi sehingga dia terjerat.
“Saya kemudian perlu membayar RM1,700 setiap bulan untuk menyelesaikan hutang berkenaan.
“Saya sudah membayar sejumlah wang kepada lelaki berkenaan namun diugut jika gagal melangsaikan hutang mereka akan melacurkan saya,” katanya lagi.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.- CARI |