Masih ingat kisah 7G 1E sepasang kembar Insta Famous yang viral tahun lalu? Ya, keputusan peperiksaan mereka yang teruk itu didakwa adalah salah guru-guru hingga menggegarkan Malaysia dan dijadikan parodi.
Biarpun telah meminta maaf, Ieka dan Iera Tajudin, 18 nampaknya tidak serik. Kini mereka kembali dengan kisah yang juga hangat. Mereka menjadi tauke kosmetik lalu menjelaskan ianya bukan produk timbang kilo atau dari China dan Thailand, sebaliknya jenama dari kilang bertauliah. Hal ini membangkitkan kemarahan warganet yang berpendapat pasangan kembar tersebut cuba menipu pengguna dengan produk yang entah apa-apa.
Mungkin bukan isu timbang kilo yang lebih diperkatakan tetapi lebih kepada kajian dan pembangunan (R&D) serta proses makmal. Sekarang ramai yang mahu menjadi pakar kimia sendiri dengan mencampurkan pelbagai bahan tetapi apabila ditanya, semuanya tidak tahu. Hanya bijak menjual sahaja.
Malahan, cara pemasaran mereka turut dikritik kerana menggunakan wang tunai yang ditabur atas meja untuk mempengaruhi orang ramai menjadi ejen mereka. Kerana terlalu mahu cepat kaya, mereka sanggup menipu dan mengaut keuntungan yang berganda-ganda daripada pengguna.
Warganet juga membongkar modus operandi golongan seperti ini yang membeli dengan harga murah (tetapi kuantiti banyak) lalu menjual dengan harga mahal supaya kaya cepat. Malahan ramai yang sudah dipujuk untuk menjadi ejen dengan mendapat sampel percuma. Tetapi menolak tawaran tersebut kerana produk yang sangat tidak berkualiti.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun tidak semua yang memarahi pasangan kembar ini, ada yang menyokong pembabitan mereka dalam bidang perniagaan lalu memarahi golongan yang dengki ini.
Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan lebih banyak produk tempatan muncul kerana adanya pembeli. Maksud penyokong mereka ialah lebih baik meniaga dengan cara menjual lebih mahal tetapi produk tidak berkualiti. Ianya lebih baik daripada berpendidikan tinggi tetapi akhirnya tidak bekerja.
Jadi, siapa yang nak cuba produk kembar ini? - CARI
|