Susulan hinaan yang berlarutan ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial, pihak polis kini menggerakkan mengesan individu tersebut.
Memetik Astro Awani, difahamkan adanya laporan yang menyebut kes penghinaan itu berlaku di laman Twitter.
"ihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Kredit foto: carian internet
"Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Datuk Huzir Mohamed bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai butiran laporan tersebut.
Namun, dipercayai ia ada kaitan dengan beberapa netizen yang menghina Raja Permaisuri Agong baru-baru ini sehingga menyebabkan baginda menyahaktif akaun Twitternya. - CARI |