Mungkin sudah trend masa kini bagi kaki travel berkongsi tips melancong semurah mungkin di internet.
Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki yang sanggup membawa isteri dan bayinya tidur di tepi jalan ketika melancong ke Itali untuk berjimat dikecam netizen.
Kredit foto: Twitter
Dalam satu perkongsian lelaki tersebut bertajuk 'Survival Family', beliau, isteri dan anaknya mengembara merentas Eropah dengan bajet yang minimum.
Bagaimanapun, kerana ingin menjimatkan perbelanjaan penginapan, beliau sanggup mengajak mereka tidur di tepi jalan.
'Kami minum di air paip pancur yang ada di taman dan makan bekalan biskut kerana harga hotel mahal sekitar 50 Euros (RM230) semalaman, kami memutuskan tidur di tepi jalan' kata lelaki itu memberi tips.
Kredit foto: Twitter
Lelaki itu juga menceritakan beberapa kegilaan yang lain antaranya berjalan kaki sejauh 5 kilometer dari hotel ke stesen bas terdekat di tengah hujan lebat.
Beliau kemudian menambah sepanjang pengembaraan di Milan, mereka hanya menginap di hotel semalam sahaja untuk mandi, mencuci pakaian dan 'tapau makanan' di meja buffet.
'Alhamdullilah, bayi tak meragam, isteri saya tidak pernah merungut kerana sudah biasa dengan cara saya cuma ada sekali dia menangis kerana sakit pinggang menggendong bayi kami dan beg galasnya selama 10 jam kerana penerbangan ditunda' tambah lelaki itu lagi.
Kredit foto: Twitter
Tips lelaki tersebut bagaimanapun dikecam netizen. Kebanyakan daripada mereka menuduh lelaki itu sengaja menyusahkan keluarganya untuk berjimat.
Kredit foto: Twitter / Worldofbuzz
'Lelaki yang lemah adalah lelaki yang sanggup menyusahkan keluarga mereka demi memuaskan keinginan sendiri' kata netizen.
'Kalau tak ada duit, buat apa melancong? Jangan sampai terpaksa meminta sedekan di negara orang' tambah mereka lagi.
Kredit foto: Carian Google
Sememangnya melancong dengan kos rendah itu satu kepuasan tetapi apa gunanya jika sanggup mengabaikan keselamatan diri dan keluarga? - CARI |