Pasti ramai tahu baru-baru ini, kecoh mengenai pergaduhan dua pelakon bergelar datin. Namun, kali ini nama Uqasha Senrose turut terkait sama apabila dia dituduh cuba menggoda suami Datin Rabecca Nur Islam seperti didakwa Datin Paduka Eina Azman.
Pelakon Uqasha Senrose mengakui terkejut dengan dakwaan liar itu dan menganggap tuduhan itu sangat mengarut, malah dia tidak masuk campur hal dua pelakon berstatus VIP itu.
"Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin. Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat.
"Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang." ujarnya lagi memetik laporan Utusan Malaysia.
Uqasha Senrose kini lebih memilih berdiam diri mengunci mulut daripada berkata-kata kerana tidak mahu kenyataannya akan diputar belit pihak tertentu, sekali gus memakan dirinya.
"Malah, saya juga sering mengingatkan diri supaya tidak masuk campur dalam hal orang lain. Lebih baik saya fokus dengan diri sendiri dan tidak terlibat dengan masalah atau kontroversi," katanya lagi.
Kredit foto - Instagram Uqasha Senrose : Uqasha kini sedang sibuk dengan telefilem baharu lakonannya, Runtun Jiwa bersama aktor Azrel Ismail
Betullah tu Uqasha. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi untuk kekal relevan dalam industri ni. - CARI
|