Seperti ramai ketahui, rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida kini semakin goyah. Tak tahu apa silapnya sehingga mereka bermasam muka walaupun merupakan antara pasangan idola suatu ketika dahulu.
Kalau anda perasan, kapsyen mereka di laman Instagram sejak kebelakangan ini menggambarkan kesedihan serta keretakan rumah tangga yang telah dibina sekian lama.
Namun, netizen kembali berteka-teki apabila terbaca pertelingkahan Aliff dan Datin Shahida di salah satu entri gambar di IG usahawan kosmetik itu.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Blog
Bagi yang terlambat membaca kapsyen asal ditulis Aliff, mereka keliru kenapa Datin Shahida memerlinya sehingga sedemikian rupa.
Menurut seorang netizen lain yang sempat membaca kapsyen asal, lelaki itu menulis "Bersendirian lebih baik daripada dengan seseorang yang tidak melakukan apa-apa."
Kredit foto: Instagram
Rata-rata netizen yang membaca komen pasangan ini memang marah betul dengan ayat tidak sensitif Aliff. Sampai hati dia menuduh isterinya tidak melakukan apa-apa walhal telah banyak yang dikorbankan oleh wanita itu.
Kredit foto: Instagram
Macam-macam betul. - CARI |