View: 4988|Reply: 26
|
"Nak Popular Mudah, Tapi Nak Bertahan Susah" - Saharul Ridzwan Ingat P
[Copy link]
|
|
Saharul Ridzwan masih ingat pesanan pelakon senior yang menasihatinya untuk berhati-hati mengatur hala tuju kerjaya dalam industri terutama apabila berada di puncak popular.
Pesanan Azhan Rani sentiasa menjadi dorongan untuk Saharul terus bertahan dalam dunia lakonan ini.
Dia juga begitu kagum dengan pelakon Beto Kusyairy yang sentiasa mendapat tempat dalam industri sungguhpun jarang wajahnya muncul di skrin televisyen.
Katanya lagi kepada Berita Harian, menjadi seorang yang popular memang mudah, namun untuk terus konsisten itulah yang sukar.
Masyarakat sentiasa melihat dan menilai pergerakan seseorang selebriti dan dia perlu bijak mengatur langkah.
Dia perlu keluar dari zon selesa dan disebabkan itu dia mengambil peluang untuk berlakon filem pula untuk menguji kemampuan dirinya.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
Zul Ariffin juga pernah mengatakan padanya sebagai seorang pelakon, jika dapat membintangi sebuah filem maka itu adalah pencapaian yang baik kerana tidak semua mendapat peluang sebegitu.
Kini, Saharul masih dalam set penggambaran untuk filem Coast Guard dan sangat bersyukur dikurniakan rezeki untuk berlakon dalam filem tersebut. Itulah pencapaian tertinggi dalam bakat seninya setakat ini.
Dia juga aktif dengan perniagaan sendiri yang dibantu isterinya ketika sibuk dengan penggambaran. Sebagai ketua keluarga, dia tidak boleh bergantung pada rezeki lakonan semata-mata, tambahan pula ahli keluarganya juga akan bertambah.
Pada masa sama, dia juga berminat untuk menjadi pengarah dan sedang belajar selok-belok urusan belakang tabir.
Moga nama Saharul juga akan sebaris dengan pelakon ternama di tanah air suatu hari nanti. Kita perlukan muka-muka baru dan idea yang segar untuk menghidupkan lagi industri perfileman. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Wujud lagi ker mamat ni dalam industri?
Berlakon dah la haus.
Takleh iols tengok kalau mamat ni yang jadi hero.
Mati terus selera iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Belakon pilem pon kalau tahap lakonan ko pon gitu2 je, x de impak bang |
|
|
|
|
|
|
|
Uissshhhhhh ni dipanggil nikmat mata ni!!!
Uisshhhhhhh indahnya!!!!!
Kalau berbantal lengan, harus tido lena!
|
|
|
|
|
|
|
|
Penerbit filem malaysia ni mmg membosankan.. kalau musim filem ketenteraan.. abislah semua nk buat filem unit beruniform.. |
|
|
|
|
|
|
|
YAWN.... |
|
|
|
|
|
|
|
Afakah @Kurex sedang melanc** smbil tgk thread ni?
Tnya je |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk kelas lakonan dulu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik bang. Teruskan memang luar biase
Yang maen filem ni biase dak nakal2 je
So tahniah la yg mana lelaki baik tersuci yg dapat movie tu |
|
|
|
|
|
|
|
Victorioussss replied at 30-10-2019 05:08 PM
Afakah @Kurex sedang melanc** smbil tgk thread ni?
Tnya je
Tunggu dekat rumah.. Tak boleh depan public |
|
|
|
|
|
|
|
aaron aziz 2.0 yach...tapi heshe sekarang rajin buat igreview bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 04:45 PM
Penerbit filem malaysia ni mmg membosankan.. kalau musim filem ketenteraan.. abislah semua nk buat f ...
Mmg bermusim chuols. Dr zaman mat moto rempit, seram ke action movie. Drama2 pun gitu, dr zaman cerita buli, cerita budak cacat, ke cerita bbdak lawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli la tengok badan die ni.. Muke mcm besau gile. Badan mcm besau pelik... Ape ke badan manusia normal mcm ni.. Xde makne. Tahap biase udah la.xperlu nak jadi peti ais sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Hang sapa dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi prefer tengok lakonan azhan Rani Dari dia ni..azhan Rani best berlakon.. |
|
|
|
|
|
|
|
de_ikea replied at 30-10-2019 07:22 PM
Mmg bermusim chuols. Dr zaman mat moto rempit, seram ke action movie. Drama2 pun gitu, dr zaman ce ...
iols ok je cite pasal realiti keje..jgn keje 10%,90% bab bercinta..mmg vavi la.. |
|
|
|
|
|
|
|
lps ni buat cite pasal lecturer ke,staff bank,keje gomen ke..make sure 90% pasal keje ok...xde bab bercinta ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|