Penyanyi Adira Suhaimi akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya jika tetap mahu meneruskan penceraiaan dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.
Dia berkata, melahirkan anak sendiri bukanlah untuk diberi kepada orang lain, namun tidak akan sekali memisahkan hubungan anak-anak dan bapa mereka.
Foto: instagram Adira
Tambahnya lagi kepada mStar Online, dia sendiri tidak pernah meninggalkan anaknya walau satu malam sekalipun dan disebabkan itu dia mahu hak jagaan anak dibawahnya. Lagipun mereka masih menyusu.
Nampaknya, kemelut rumah tangga mereka masih berterusan dan pasti Adira sedang mencari penyelesaian terbaik.
Adira masih menghormati Datuk Red sebagai suaminya dan tidak mahu mengulas lanjut tentang proses penceraian tersebut.
Dia juga tidak memberi komen tentang kedudukannya sama ada masih tinggal sebumbung dengan suaminya ataupun tidak.
Harapannya agar semua urusannya dipermudahkan dan tidak mahu bergaduh lagi tentang soal ini.
Ditanya perkembangan kerjaya pula, Adira telah tercalon dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34 menerusi lagu Pujaan Hati.
Dia telah lama menantikan saat ini dan akan menjaga kesihatannya untuk buat yang terbaik.
Bagus Adira masih menjaga kehormatan suaminya sunggupun dilanda keretakan rumahtangga. Semoga masing-masing temui jalan penyelesaian yang baik. - CARI
|