Tular beberapa keping gambar seorang kanak-kanak yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Remaja.
Setelah didandan dan dipakaikan busana ala-ala ratu, kanak-kanak itu kelihatan cantik dan dewasa sekali.
FB
Ramai warganet berbelah bahagi dalam memberi komen. Ada yang terpikat dengan 'kecantikannya' dan ada pula yang bimbang kerana ia boleh mengundang mata pedofilia.
Pertandingan yang berlangsung pada 26 Oktober baru-baru ini sememangnya mencari ikon kanak-kanak Thailand iaitu 'Mister & Miss Teen Thailand 2019'.
Fb
Akhirnya, kanak-kanak tersebut yang dikenali Baifern Freyan mengungguli acara tersebut.
Biarpun pertandingan itu bukannya di Malaysia, namun ia sudah cukup mendapat komen pelbagai.
Fb
Ramai yang memuji kecantikan Freyan yang tidak jemu mata memandang.
Namun, ada yang berasa bimbang dengan fenomena sebegini. Mendedahkan kanak-kanak dengan aktiviti orang dewasa adalah eksploitasi. Apatah lagi ianya adalah sarang kepada penjenayah seksual iaitu pedofilia.
Gambar freya sebelum disolek
Malahan ada yang berpendapat bahawa pertandingan Ratu Cantik itu sendiri adalah barah. Meletakkan kecantikan pada aras-aras tertentu ini lah yang membawa kepada penyakit sosial lebih serius.
Thailand ni macam-macam pertandingan ada. Janganlah pula dibawa ke Malaysia ya (mungkin ada pertandingan seumpama tetapi tidak dikomersialkan. Harapnya tidaklah ya. - CARI |