“Sebagai penyokong profesional, kita jangan membuat provokasi ke atas penyokong Indonesia malam esok."
Tonggak pertahanan tengah negara, Shahrul Saad mengingatkan peminat bola sepak supaya tidak 'membalas dendam' atas insiden yang dilakukan penyokong Indonesia kepada pemain dan penyokong Harimau Malaya di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada September lalu.
Kredit foto: Malaysia Gazette/Astro AWANI
Memetik Malaysia Gazette, pemain Perak itu meminta penyokong menghormati tetamu biarpun pernah dilayan dengan buruk di 'rumah lawan'.
“Macam-macam insiden yang berlaku di Jakarta tempoh hari dan telah memberi pengalaman kepada pemain.
“Kita hadir memberi sokongan penuh semangat kesukanan agar pasukan negara dapat meraih tiga mata,” katanya pada sidang media menjelang pertemuan menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023," ujarnya. - CARI
BACA JUGA: Indonesia Minta Maaf Dengan Malaysia, Janji Cari Dalang Kekecohan Perlawanan Semalam
BACA JUGA: Penyokong Bola Indonesia Menjadi-Jadi, Sorakan 'Anjing, Fu** You' Dan Lempar Batu |