Terdapat khabar angin mengatakan pelakon Datuk Eizlan Yusof akan menamatkan zaman dudanya pada bulan depan.
Namun, apabila ditemubual MyMetro, dia enggan mengulas lanjut dengan spekulasi yang timbul.
Foto: Instagram Eizlan Yusof
Dia juga mengatakan bahawa segala spekulasi akan terjawab pada 2 Disember ini sama ada benar atau tidak tentang berita pernikahan yang disampaikan oleh orang lain.
Ada sumber mengatakan Eizlan mendapat tajaan sebanyak RM2 juta bagi majlis perkahwinannya, namun dia tidak memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut.
Sekali lagi dia memohon agar semua pihak sabar menanti sidang media yang akan diadakan pada bulan depan dan berharap apa yang dikatakan semua orang ini menjadi satu doa untuk dirinya.
Semoga berita ini benar dan semakin bertambah rezeki Eizlan dan anak-anaknya. - CARI
|