Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang juga pengarah popular, Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan daripada ibu bapa.
Kredit Foto - Instagram Ahmad Idham
Bagaimanapun, kenyataan dan cadangannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna dikecam hebat oleh pengguna media sosial.
Terbaharu, Ahmad Idham sekali dikecam sehingga trending di laman Twitter selepas dikatakan pihak FINAS bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah platform penstriman video tempatan yang dikenali sebagai Aflix.
Kerjasama ini mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa pengarah tersebut seperti sengaja menimbulkan idea tersebut (filter Netflix) kerana ingin menaikkan jenama platform Aflix ini.
Sementara itu, Sharifah Sakinah menerusi laman instagramnya berkata jika kerajaan meneruskan hasrat tersebut, dia dan pengguna lain tidak teragak-agak untuk menyuarakan bantahan.
Kredit Foto - Instagram Sharifah Sakinah + FB Fahmi Reza
Menurut Sakinah, dia akui di dalam platfom itu barangkali terdapat kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Namun baginya, semua itu boleh dikawal dengan ciri dan langkah keselamatan kandungan yang sememangnya boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna.
"lease jangan kacau Netflix. If the government wants to ban or filter Netflix I'm gonna baring depan finas tu dengan kawan2 ramai2. Boleh singgah zoo negara sekali....
"Cause it is unfair and inconsistent, what about app like Wechat or Youtube????... "
Baca lanjut :
Rata-rata pengikut Sakinah di laman Instagram turut bersependapat dengannya kerana menganggap idea tersebut seperti tidak adil buat pengguna seperti mereka.
Betul juga kata Sakinah kan. Lagipun, apa guna kerajaan memperkenalkan internet jalur lebar berkuasa tinggi kepada rakyat kalau rakyat tak dapat nak guna untuk menonton apa yang mereka suka.
Apa pendapat anda? - CARI
|