Edited by Archaiv at 3-1-2020 12:01 PM
Ahli fotografi; Dustin Burkhouse telah mengambil gambar ini lewat tahun lalu. Gambar ini mirip dengan gambar poster filem animasi Finding Nemo.
Beliau sebenarnya mahu mengambil gambar jerung Great White Shark di belakang namun tidak sedar seekor ikan kembung sedang berenang melarikan diri daripada ikan tersebut.
Gambar poster Finding Nemo.
Beliau mengambil gambar tersebut di Guadalupe Island, Mexico. Sedikit info mengenai jerung ini, beratnya mampu mencapai satu tan lebih dan kelajuannya mampu mencapai 50km/j. Saiz jantina jantan pula lebih kecil daripada jantina betina.
Berbanding dengan ikan kembung yang bersaiz kecil dan mempunyai kelajuan 30km/j, apa agaknya kesudahan ikan kembung ini? Adakah ianya seperti filem animasi Finding Nemo? mari nantikan Finding Mackerel! hehe
Penamat yang gembira... - CARI
Sumber Rujukan : Metro.co.uk |