Susulan kebakaran hutan di Australia, ada pula seorang model yang menawarkan foto bogelnya kepada mereka yang sudi menderma untuk memulihkan kebakaran hutan itu.
Memetik laporan 10daily.com, model dari Amerika Syarikat Kaylen Ward membuat tawaran tersebut menerusi Twitter miliknya.
“Saya akan menghantar gambar bogel kepada sesiapa yang membuat sumbangan untuk kebakaran hutan di Australia," kata Ward.
Kredit foto: walikali.com
Kepada mereka yang menyumbang sekurang-kurangnya 10 USD atau RM41 akan berpeluang melihat gambar bogel wanita ini, katanya.
Menurutnya lagi, dia menjadi emosi selepas melihat gambar-gambar kebakaran hutan itu di laman sosial.
“Sangat menyedihkan, sebagai orang normal sudah tentu saya menjadi prihatin dan ingin membantu," katanya lagi.
Buat masa ini, dia terkejut kerana tidak menyangka mendapa ribuan dolar hasil derma orang ramai.
Malah, menerusi akaun peribadinya Ward sudah mendapat jumlah derma sebanyak USD 60,000 atau bersamaan RM246, 546. - CARI |