Kredit foto: Twitter Diva AA dan Google
"Engkau hidang kari ayam, tapi kari ayam semalam kau panaskan.
"Eh, ini kedai mamak ke apa"
Selebriti Azwan Ali memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara.
Menerusi video di Twitternya, Azwan mendakwa dihidangkan kari ayam semalam sewaktu beliau mahu bersarapan di restoran nasi ayam terkemuka.
Azwan berkata restoran berkenaan tidak seharusnya membiarkan pekerja di bahagian dapur tanpa pemantauan sehingga menjejaskan kualiti makanan.
"Melabur berjuta-juta untuk buka kedai macam ni tolonglah jaga kualiti. Kalau kau rasa nak guna semula sangat, kari ayam tu kau sejuk bekukan dulu, bukan pagi-pagi panaskan," kata Azwan lagi.
Warga maya memuji tindakan Azwan kerana berani memberikan teguran.
Kredit foto: Twitter Azwan Ali
Sekarang ini, terlalu banyak makanan sedap. Akan tetapi terlalu kurang yang sedap dan selamat.
Pelanggan kini lebih prihatin hal makanan. Maka peniaga wajib ubah mentaliti agar lebih menjaga kebersihan dan kualiti makanan barulah berbaloi dengan harga yang dibayar ye dak? - CARI
Sumber - Twitter Diva AA
|