Menakjubkan, hospital kecemasan kedua di Wuhan dilaporkan hampir siap 90 peratus.
Hanya mengambil masa 10 hari untuk disiapkan, Hospital Leishenshan itu bakal beroperasi esok dan siap sepenuhnya hari ini.
Ia merupakan salah satu daripada dua hospital khusus untuk merawat pesakit koronavirus di wilayah Hubei.
Kredit foto: the guardian
Dikatakan proses pembinaan hospital ini juga dipaparkan secara langsung di Youtube dan menjadi antara projek pembinaan terpantas di dunia, petik laporan CGTN.
Terdahulu, pihak berkuasa Wuhan sudah berjaya menyiapkan hospital pertama bagi merawat pesakit koronavirus yang dilengkapi dengan 1,000 katil.
Ia hanya mengambil masa 6 hari sahaja untuk disiapkan. Dikenali sebagai hospital Huoshenshan, ia siap sepenuhnya pada2 Februari lalu dan mula beroperasi sehari selepas itu. - CARI |