Setiap kali memikirkan tempat asuhan dan tadika yang menawarkan caj berpatutan dengan kemampuan kewangan, pasangan ibu bapa sentiasa dalam dilema.
Mereka sanggup berkorban apa sahaja termasuk 'mengikat perut' serta melakukan kerja sampingan demi memastikan peruntukan bagi tujuan itu mencukupi demi mendapatkan khidmat terbaik untuk anak kesayangan.
Namun, alangkah terkilan rasa di hati apabila perkhidmatan yang sebaliknya diterima seperti yang dikongsikan seorang ibu ini.
"Ternyata makanan yang disediakan hanyalah nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6 orang anak..."
Menurut ibu ini lagi, beliau terpanggil untuk datang menyiasat kerana anak-anak kerap mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dadar sahaja di tadika.
Beliau merasa kecewa kerana melihat sajian sebegini dihidangkan pada anaknya dan ternyata benarlah apa yang diperkatakan anaknya selama ini.
Kredit foto:Facebook
Kita sedia maklum sesetengah anak kecil agak cerewet dalam pemilihan makanan. Tapi ini bukan lesen mana-mana pihak menyajikan hidangan sebegini. Makin tak berseleralah dibuatnya.
Hantaran ini menjadi viral dan mendapat kecaman netizen yang kecewa dengan perkhidmatan tadika itu.
Ingat bagi kucing ke?
Dulang pun macam kotor je
Kredit foto: Facebook
Selepas viral ni, moga pemilik taska ambil lah inisiatif untuk tukar menu lebih sihat dan mengenyangkan berbaloi dengan yuran yang dibayar ibu bapa ye.
Lagipun pemakanan yang baik adalah penting untuk semua peringkat umur dan pada semua peringkat kehidupan untuk membantu tubuh dan minda berkembang dan menjadi matang. - CARI
|