Bukan semua orang senang dengan kebahagiaan orang lain. Sama macam Fasha Sandha bila ada sahaja yang suka menyindir dan meninggalkan komen negatif di Instagram.
Baru-baru ini ada pengguna Instagram yang menggunakan nama sebagai Datin Aliah Mohd Nor menyifatkan Fasha dan suaminya, Aidil Aziz sangat secocok dan disamakan dengan pipit.
Kredit foto: IG
Ia membawa maksud orang yang tidak mempunyai pangkat dan darjat.
Kredit foto: IG Via mStar Online
Tidak melatah dengan komen tersebut, Fasha membalasnya dengan cara baik.
Aktres jelita ini meminta individu terbabit supaya tidak membandingkan taraf seseorang.
"Tak perlu cakap pipit ke enggang. Kita manusia sama sahaja. Nanti datin masuk kubur pun tak bawa title datin tu," tulisnya.
Aidil pula membalas dengan menulis, "Alang-alang nak fake, letak sekali Hajah, Doktor, Datin Aliah."
Alahai, macam-macam. Semoga Fasha sentiasa berbhagia bersama suami dan anak-anak tersayang. -CARI
|