"Minta gambar, jemput pun tak. Tapi mereka tak jadi nak buat flashback itu. Saya tahu kenapa."
Masih berkisar Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), tapi tidak membabitkan 'kejadian-kejadian pelik' malam tadi.
Kredit foto: IG
Penyanyi Nourul Depp berkicau di Twitter meluahkan kekesalannya apabila menerima layanan tidak semenggah daripada stesen televisyen tempatan.
Kredit foto: Twitter
Katanya, pihak produksi stesen televisyen itu menghubunginya bagi mendapatkan bahan visual ketika kemenangannya di AJL suatu ketika dulu.
Bagaimanapun, Nourul terkilan dengan tindakan mereka yang disifatkannya sebagai biadab itu.
Kredit foto: Twitter
Malah, dia turut kesal apabila nama IGnya tidak disebut dalam satu video throwback nyanyian duet bersama bekas suami, Ajai.
"Saja kasi panas. Mereka letak video saya nyanyi duet di AJL dulu kat IG, tapi tak sebut pun nama saya. Rasa macam dah mati pula," luahnya. - CARI
|