Panjang sungguh kisah kontroversi di antara Datuk Seri Vida dan Azwan Ali. Cerita ini bermula apabila Azwan atau Diva AA menghina anak-anak usahawan tersebut yang meninggal dunia sebagai 'rentung'.
Mungkin sentap dengan kenyataan tidak sensitif Azwan, Vida tampil bersuara dan mengumumkan bahawa dia bakal mengeluarkan saman terhadap lelaki itu.
Kredit foto: MalaysiaGazette
Azwan yang kemudian mengadakan sidang media bagi memohon maaf disindir Vida yang menyifatkan usaha itu sebagai 'gampang' dan 'menganjing.
Dia masih akan meneruskan dengan niatnya untuk mengeluarkan saman itu kerana menganggap sidang akhbar berkenaan langsung tidak ikhlas.
Terbaru, menerusi Twitter, Azwan Ali sekali lagi bikin panas apabila menuduh Datuk Seri Siti Nurhaliza pulang awal pada malam Anugerah Juara Lagu ke-34 kerana tidak puas hati lagunya kalah. Siap cakap alasan mikrofon rosak hanyalah untuk tutup rasa kecewanya.
Makin tak best apabila Diva AA mengungkit kisah lama mengenai pertandingan di antara lagu Siti dan Noraniza Idris dalam AJL suatu ketika dahulu.
Kredit foto: IG
Katanya, peminat fanatik Siti dahulu yang beria-ia marah apabila Noraniza Idris pulang awal selepas penyanyi nombor satu negara itu diumumkan sebagai pemenang. Jadi, ini adalah balasan kepada mereka atas insiden tersebut.
Diva AA juga dengan lantang mencabar Siti untuk melawan kenyataan panasnya itu!
Rata-rata netizen memang marah dengan umpatan Azwan Ali kali ini. Dalam masa sama, ada yang tolong menjelaskan bahawa tujuan Siti pulang awal pada malam itu adalah kerana mahu membuat persiapan bagi menjalani pembedahan kecil yang bakal dilaluinya pada keesokan hari.
Kredit foto: IG
Masalah sungguh Azawan Ali ini! - CARI
|