Jom kita throwback kisah Afifah Nasir yang pernah dituduh sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah tahun 2017 dulu.
Bila Afifah kena tuduh, ramai yang mengecamnya sebagai seorang wanita murahan sebab siap berpegangan tangan dengan Aliff berjalan ke bilik karaoke.
Tapi teman lelaki Afifah, Wan Ariff tetap mempertahankan aktres itu dan terus menyayanginya walaupun dengan pelbagai kontroversi yang melanda.
Afifah Nasir dan Wan Ariff, Foto: IG
Tapi baru-baru ini ramai yang terkejut bila adik kepada Anzalna Nasir ini memuat naik gambar lelaki lain dan bukan Wan Ariff!
Foto: IG
Kapsyennya, "Hanya dengan satu pandangan, untuk berada di tempat kita sekarang.
"Terima kasih kerana buang benda lain hanya untuk memastikan awak dapat menghabiskan sepanjang hati pada hari lahir saya, memanjakan saya."
Di ruangan komen ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka tersebut.
Dah putuskah dengan Wan Ariff, seorang kekasih yang sanggup melawan dunia semata-mata untuk mempertahankan teman wanitanya?
Setakat ini masih belum ada penjelasan dari aktres ini. Nantikan sahaja. -CARI
|