Selalu tengok dalam filem sahaja apabila tukang masak atau chef letak 'perisa' tambahan dalam makanan terutamanya apabila dapat pelanggan cerewet.
Rupa-rupanya di dunia nyata ini perkara ini benar-benar berlaku.
Perkara ini dikongsikan seorang chef hotel terkemuka di Pahang yang telah membuat pengakuan berani menerusi Tw!tter beliau.
Menurutnya beliau telah meludah makanan pelanggan kaum cina dan dilihat berbangga dengan perbuatan itu. Best katanya.
Tweet itu mendapat perhatian warganet yang kemudiannya menjadi tular dalam sebuah forum dalam talian.
Sejak tular, lelaki ini telah memadam akaun Tw!tter miliknya.
Bukan itu sahaja, kebanyakan tweet beliau agak perkauman kerana ditujukan kepada warga cina.
Terbaru, pihak hotel dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa chef tersebut mengakui dia membuat kenyataan peribadi berbaur perkauman di media sosial tanpa berfikir secara rasional.
Beliau telah dipecat akibat perbuatannya sendiri.
Kredit foto: Facebook Hotel Grand Ion Delemen
Kebebasan bersuara dah makan diri sendiri. Semoga jadi iktibar buat semua. - CARI
|