"I duduk dalam kereta tak sampai 10 minit dia boleh sound i, Saya tak suka orang macam awak ni, awak turun dari kereta ni!"
Itu pengalaman buruk seorang pengguna E-Hailing iaitu Grab Car, Izzat mengenai kejadiannya ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pemandu kereta tersebut.
Bermula dengan menolak permintaan pemandu supaya duduk di bahagian depan, Izzat yang berada di dalam kereta kemudiannya diminta turun di tepi jalan.
Namun, dia merayu untuk diturunkan di tempat yang tidak bahaya, akhirnya pemandu itu memandu 400 meter seterusnya menurunkan dia di tempat tersebut.
Kredit foto: Twitter
Menurutnya lagi, kebiadapan pemandu Grab terserlah apabila mengugutnya supaya membuat laporan jika tidak berpuas hati.
Twitter
"Dia ugut i suruh buat report and kalau tak puas hati dia suruh cari dia dekat rumah, i terus bukak pintu and snap gambar dia."
Tidak diketahui punca yang menyebabkan pemandu Grab menyuruhnya turun namun kemungkinan kerana Izzat berpakaian perempuan.
Hal ini menimbulkan kemarahan warganet yang berpendapat ianya adalah tindakan rasis terhadap gender.
Sementara itu, ada juga yang menyatakan ianya adalah perspektif betul kerana isu LGBT masih menjadi isu yang sensitif di Malaysia.
Pihak Grab pun turut berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pelik juga kan? Mula-mula suruh duduk depan, bila tak nak diminta turun dengan alasan tak suka pondan. Apa pun, moga cepat selesai ya. - CARI
|