Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terhadap Zarina Anjoulie atas kelantangannya menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah namun tetap mengharapkan bantuan kerajaan.
Terbaru, Zarina kini menjadi topik umpatan dalam kalangan artis menerusi aplikasi Telegram. Berikutan itu, Zarina telah memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan daripada Telegram membabitkan beberapa artis senior, yang mendedahkan sikap dan pandangan mereka yang sebenarnya terhadap netizen.
Kredit foto: Instagram anjoulielavocah1
Kredit foto: Instagram anjoulielavocah1
Susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya, Zarina memuatnaik video terbaru yang mengulas mengenai perkara ini. Zarina mengatakan yang dia bukanlah punca golongan artis menjadi sasaran netizen berhubung isu rayuan bantuan kepada kerajaan untuk artis.
"Aku nak beritahu yang aku bercakap secara umum. Itu fakta! Aku pun orang industri dan tahu apa yang aku cakap. Aku tak sebut mana-mana nama pun. Korang kata aku punca netizen marah sampai korang kena kecam. Mereka memang dah kecam korang pun sebelum tu", kata Zarina dalam videonya.
Kredit video: YouTube MP CHANNEL
Zarina mendedahkan dia ada menyimpan bukti perbualan di aplikasi Telegram dan mendakwa ada rakan-rakan artis yang menggelarnya dengan nama yang kurang elok.
"Dalam group itu korang aibkan aku, malukan aku dan sebar gambar aku," katanya."Dengan screeshot yang aku dapat, aku boleh saman malu korang tau. Jadi guna otak sekarang! Semua hina netizen kata IQ rendah, lembu. Ingat sikitlah masa korang nak jual produk minta sponsor sana sini. Korang memang jenis manusia tak bersyukur," kata Zarina lagi.
Zarina menyifatkan langkah untuk melumpuhkan akaun laman sosialnya adalah satu perbuatan yang melampau dan busuk hati.
"Ini tempat aku tolong orang kongsi review Instagram percuma. Aku banyak buat benda baik untuk bantu orang! Yang aku sakit hati, kalau nak kenakan aku sendiri jangan sampai babitkan orang lain. Ramai orang terkesan sebab aku buat kerja amal melalui Instagram, busuk hati sampai nak tutup Instagram aku," kata Zarina lagi.
Tidak lama kemudian, pelakon Sharifah Sakinah turut 'menyertai' isu panas ini dengan memuatkan video 'live' kepada pengikut Instagramnya. Di dalam videonya, Sharifah Sakinah mempertikaikan keikhlasan Zarina Anjoulie dalam memperjuangkan nasib netizen. Sharifah Sakinah mendakwa bila netizen memberi perhatian kepada Zarina dan menjadikannya sebagai 'hero masyarakat', pengikut media sosial Zarina akan bertambah dan memudahkan usahanya untuk membuat ulasan produk berbayar. Ikuti video Sharifah Sakinah sepenuhnya melalui video di bawah.
A post shared by Yas (@yasvger) on Mar 31, 2020 at 5:52am PDT
Kredit: Instagram yasvger
Zarina kemudian memuatnaik status dalam Instagramnya yang mengatakan Sharifah Sakinah bersikap 'double standard' kerana apa yang dikatakan oleh Zarina di dalam videonya sebelum ini hampir sama dengan video pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim. Datuk Rizalman di dalam videonya baru-baru ini, menegur seorang usahawan wanita terkenal yang suka menayang kemewahan tetapi mempertikaikan bantuan yang diterima oleh golongan bawahan. Bagaimanapun, status itu kemudian dipadam oleh Zarina.
Wah bertambah hangat 'perang' di antara Zarina Anjoulie dengan segelintir artis. Bila agaknya akan berakhir dan apa kesudahannya nanti? - CARI
kalau netizen boikot kalau kena gam dengan stesyen tv lagi teruk fikir artis je loss income, banyak lg industri damage loss income tapi xde request privilages mengarut. rakyat marah sebab minta bantuan mengarut xmasuk AKAL.
Post time 1-4-2020 11:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesiaaan..napalah jadi gini..sampai report..semua kan masih orang islam
Tuhan kata klo berbantah kembali ler pada quran
Bukan beso isu..ase nya ada artis mohon special case..kecikkkkkk je..np di beso kan
Unless mcm kata bang Kalid..ramai kita penuhhhh dendam kesumat..hasad dengki...kan
Klo gitu susah ler nk ikhlas!!!
Udah laa tuu..tsunami pun stop..banjir zaman nabi pun stop..kemarau pun ada akhir..jap lai covid berakhir tapi dendammmm manusia Allah je tahu sampai bila
Purely ego masturbating..ntah apa dapat melain dosa mengata..pahala tadak doaa bertimbun bebila bleh mati hatta sekarang..pikior ler
Toksah di layan minah anjoli tuu..bio orang gila dgn kegilaan dia..letih karang stop ler
Post time 1-4-2020 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu benda yang aku tak faham.
Black keluarkan statement tentang bantuan untuk anak seni. Yang sokong kenyatan black ialah tomok, shuib, hairul azreen. Ok, dorang ni memang artis yang tunjuk kemewahan dari segi kereta, travel, rumah, duit. Kecuali Tomok.
Lepastu Anju buat video kecam artis2 yang TUNJUK kekayaan dekat laman media social tapi harapkan bantuan.
Masalahnya, yang terasa dengan statement Anju tu adalah golongan artis yang jarang keluar TV dan dalam IG dorang TAK TUNJUK kekayaan pon. Setakat gambar selfie je penuh dalam IG. Kenapa set2 artis dekat telegram yang terasa padahal IG dorang hambar ok. Setakat gambar selfie macam tu je. Tak tunjuk kemewahan pon. Pulak tu, banyak warga twitter dan facebook yang tak kenal Emelda, Amyza, Azrul. Kena google dulu baru tau dorang siapa. Emelda tu banyak orang komen sebagai "Adik ipar AC". Tak ada pon yang mention hasil seni dia. Azrul tu lagi lah . Ramai yang tak tau kewujudan dia. Artis2 dalam telegram tu tak tunjuk kemewahan pon dalam IG, tapi kenapa dorang yang lebih2 eh. Anju mention golongan2 A tapi golongan2 B yang terasa. Objektif tak tercapai lah ni
Post time 1-4-2020 12:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ajinomotonosuga replied at 1-4-2020 11:43 AM
Kesiaaan..napalah jadi gini..sampai report..semua kan masih orang islam
Tuhan kata klo berbantah ...
fikir gini bang,
klau anju tak komen psl ni... marhaein tak tahu perangai sebenar artis, maybe no je cara nak bg sedar jgn puja artis
artis anggap kite ni lembu je tak sama taraf.
benda jd besar bile seniman low class tu tuntut menda khusus utk depa, taknak masuk grup marhaein. tu yg org trigger
tak sedar kaya sbb ade fan yg dok support. hujung2 org kritik siap buat grup telegram membawang netizen
Post time 1-4-2020 12:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dino replied at 1-4-2020 12:31 PM
btul.. yg tomok n black dah angkat bendera putih.. depa tahu effect klau layan org kecam die
to ...
Masalahnya, macam tak ada valid motif pon untuk dorang serang Anju. Anju bagi statement untuk artis2 yang tunjuk kekayaan dekat laman media social tapi harapkan bantuan dari kerajaan. Artis dalam telegram tu asyik up gambar selfie je dekat IG, tak tunjuk kemewahan pon. Netizen kalau tengok IG dorang pon, netizen faham yang dorang tak kaya. Ni tak makan cili yang terasa pedas. Lain konsep haha
Kalau nak serang sangat. Serang lah Naim Daniel atau Hans Isaac. Sebab Naim Daniel dan Hans Isaac bagi statement dekat IG live yang dorang rasa artis tak perlukan bantuan khusus. Kalau rasa terbeban dan dalam golongan B40, M40 just apply macam biasa. Tak perlu bantuan khusus. Lagipon, Naim Daniel dan Hans Isaac bagi statement umum untuk semuaaaa artis tak kiralah kaya atau miskin. Lagi valid motif untuk dorang serang Hans Isaac dan Naim Daniel.
yang bawah ogy tu si aleeya zailan yang kawan vivi yusuf dan yang bawah abejo tu mac rahayu...artis dah lama sangat ni..ingat dah tak ujud lg dah...kot2 ada pulak dalam group tu..