Kredit foto: Instagram Janna
Beberapa bulan lepas, pengacara dan pelakon Janna Nick ada membuat kesilapan ketika menemu bual pelakon Elly Mazlein dalam rancangan Melodi dengan memanggil gelaran janda kepada beliau.
Rata-rata mengatakan kurang manis bagi Janna untuk menyebut status itu memandangkan Elly bakal berkahwin ketika itu.
Semalam, Janna sekali lagi terlanjur kata ketika mengacarakan rancangan berkenaan. Sewaktu mengulas berita mengenai Puteri Aishah yang sah dijangkiti Covid-19, Janna berkata "bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni."
Awal Ashaari yang ketika itu mengacara bersama Janna kelihatan terperanjat dan menyampuk "bagus?"
Janna yang sedar tentang kesilapan itu menerangkan, "bukan bagus..maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital".
Selepas itu, Janna meminta maaf dan dia mengakui telah menggunakan perkataan kurang sesuai dan penonton boleh tersalah tafsir maksud yang cuba disampaikan.
"Minta maaf. Saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Sepatutnya, perkataan 'bagus' itu diganti 'sekurang-kurangnya' apabila ada selebriti terkena Covid-19, dapat menimbulkan kesedaran kepada peminat tentang bahaya virus ini.
"Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan," kata Janna semasa penutup program itu pada Ahad.
Kredit foto: Harian Metro
Awal pula berkata, dia memahami apa maksud cuba disampaikan oleh Janna itu dimana selebriti yang dijangkiti Covid-19 boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain.
"Itu maksudnya..Janna pun dah minta maaf, bolehlah 'drop' topik ni!" kata Awal.
Janna telah pun meminta maaf sebaik sahaja menyedari kesilapan yang dilakukannya. Moga tak ada pihak cuba mengambil kesempatan memperbesarkan isu ini. - CARI |