Kredit foto: Instagram nursajat23
Tak habis-habis menimbulkan kontroversi. Itulah yang boleh dikatakan mengenai usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzamman. Baru-baru ini tular di media sosial mengenai suntingan video mirip usahawan tersebut, yang dimuatnaik oleh pendakwah bebas dikenali sebagai Bilfami di dalam Instagram beliau.
Di dalam video itu, individu tersebut mengulas mengenai penularan wabak Covid-19. Dia telah mengatakan setakat ini, belum ada lagi golongan pondan atau transgender yang dijangkiti virus berkenaan. Ini mengundang kecaman dari netizen yang dilihat semakin meluat dengan tingkah laku Nur Sajat itu.
"Tak pernah lagi pondan kena Corona. Betul tak? Cuba you tengok, ada tak pondan kena Corona? Tak ada lagi. Mana ada," kata individu mirip Nur Sajat itu.
Bilfami menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di dalam video itu sebagai melampau kerana mencabar kuasa Allah SWT. Malah dia turut mengharapkan agar orang ramai dapat berkongsi video tersebut sebagai pengajaran kepada semua.
Kecaman Orang Ramai Terhadap Video Sajat. Kredit foto: Twitter
Seorang lagi pendakwah,Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin turut memuatnaik video di dalam Facebook yang mengulas mengenai video yang keterlaluan ini.
"Nasihat saya untuk hamba Allah Bernama Sajat. Jangan cabar murka dan laknat Allah. Berubah lah sebelum dijemput pergi. Maaf kalau terkasar," kata Ustaz Ahmad Husam.
Menurut Ustaz Ahmad Husam, Nur Sajat dilihat semakin melampau dan tidak menolak kemungkinan apa yang sedang berlaku kepada Malaysia sekarang ini berpunca dari kelakuan beliau. Ustaz Ahmad Husam juga menyeru Nur Sajat supaya segera bertaubat.
Bukanlah sesuatu yang bijak untuk Nur Sajat bercakap besar ketika ini kerana wabak Covid-19 ini masih aktif menular dan telah menjangkiti beratus ribu orang di seluruh dunia. Harap Nur Sajat boleh muhasabah diri dan bertaubat sebelum terlambat.- CARI
|