View: 8368|Reply: 54
|
[Tempatan]
Lelaki berstatus suami berduaan dengan isteri orang ditahan ingkar PKP
[Copy link]
|
|
Lelaki berduaan dengan isteri orang ditahan ingkar PKP
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/567609/lelaki-berduaan-dengan-isteri-orang-ditahan-ingkar-pkp
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 10:26 AM
Zaid Salim
[email protected]
LELAKI ditahan kerana ingkar PKP bersama seorang wanita. FOTO Ihsan Polis.
LELAKI berstatus suami ditahan bersama wanita yang juga isteri orang dalam pemeriksaan Op Covid-19 di Hulu Terengganu, kelmarin.
Pasangan berusia 41 dan 28 tahun terbabit ditahan ketika berduaan dalam kereta dipercayai milik lelaki terbabit di kawasan Kampung Tok Gebok, Ajil, pada 2 petang.
Lelaki terbabit dari Kampung Bukit Payung, Marang memberi alasan mahu menghantar wanita itu di sebuah klinik di pekan Ajil, bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Che Daud berkata, alasan tidak kukuh menyebabkan pasangan terbabit ditahan kerana sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa tiga bermula Rabu lalu.
“Siasatan mendapati wanita itu tinggal di Kampung Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang jaraknya lebih 30 kilometer (km) dari pekan Ajil,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam tangkapan berasingan, seorang lelaki berusia 20 tahun dari Cabang Jelkis Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan ditahan kerana melanggar Sekatan Jalan Raya (SJR) PKP di hadapan Balai Polis Hulu Terengganu pada 6.10 petang, hari sama.
“Ketika melalui SJR itu, anggota bertugas mengarahkan lelaki terbabit berhenti sebelum memecut motosikal ditungganginya ke arah pekan Ajil.
“Bagaimanapun dia berjaya ditahan anggota yang bertugas di SJR Ajil ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya.
Mohd Adli berkata, tiga individu terbabit ditahan reman sebelum dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Dibawah Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.
“Lelaki berusia 20 tahun turut dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.
Beliau berkata, tangkapan terhadap tiga individu terbabit adalah kes ingkar PKP pertama di daerah itu sejak ia dilaksanakan 18 Mac lalu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkahhhhhhh!!!!!!!!
Dalam ni pon sundal bolong melambakkkkk! Siap kambus benang sebab takut rasie picahhhhhhh.... Hahahahahaaaaa..... Kambussss je la.. Wa tadehal! |
|
|
|
|
|
|
|
Klu perempuan tu single, kawen jela. Tp isteri org. Yg laki org pun mmg miang. Pendek kata, bertaubat nasuha la.
Sebenarnya rasa nak maki je. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak berasmara dana sebelum puasa la tuuuuu...tak bolrh nak husnuzon la mcm niiii dgn pakej tinted gelap gulita plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik iols kalo baca news mcm ni dia akn ckp 1 perkataan je "sundallll" |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri org umur 28.. Gatal dgn laki org umur 48.. dah la tua bangka, drive keta lama i guess xkaya sgt.. apa punye taste pompuan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Time pkp pun terlibat dalam aktiviti penyundalan.. masing2 ada laki n bini. Hadoi |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm...
suami sape lah tu..
isteri sape lah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar... memasing dh ada suami n isteri kenapalah nk buat kerja gini lg... moga mendapat taufiq n hidayah |
|
|
|
|
|
|
|
padanla aku cari x jumpa. dpt noti reply,tapi kata not exist. Lorr
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde penjarakan sosial |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 17-4-2020 02:32 PM
Isteri org umur 28.. Gatal dgn laki org umur 48.. dah la tua bangka, drive keta lama i guess xkaya s ...
Xpayah guess xkaya lgsg..ni mmg xkaya pun pakej xde otak nk main ngan bini org. Umur 48 klu warga pantai timur jns jantan gelenyar tua nak mampos hisap rokok surya@Saat sembaang kencang ngayat ppuan...nk membayangkan pun jijik. |
|
|
|
|
|
|
|
zennaya replied at 17-4-2020 02:55 PM
padanla aku cari x jumpa. dpt noti reply,tapi kata not exist. Lorr
Biasala...penangan spender tersepit.... acik gundu kutil besar terus goyang tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Ladybird910 replied at 17-4-2020 12:50 PM
Kahkahkahhhhhhh!!!!!!!!
ukernya diaaaaaaaaaaa
haaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
yuki812 replied at 17-4-2020 02:44 PM
mmmm...
suami sape lah tu..
isteri sape lah tu...
level janda tak perlu risau....dah struck off from the suspects list.
haaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 17-4-2020 03:39 PM
Kalau dah birah!
Dah lama tak tgk sis changa komen birahnya ko dik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|