Gambar hiasan
Kredit foto: maskulin.com
Harga hartanah di negara ini pasca Covid-19 dijangka menyusut, sekali gus memberi kelebihan kepada pelabur hartanah dan individu yang ingin memiliki rumah pertama.
Menurut Bernama, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, pemaju perumahan juga dijangka bukan sahaja menurunkan harga, malah berkemungkinan menawarkan lebih pakej nilai tambah terhadap unit hartanah berkenaan untuk menarik pembeli.
Gambar hiasan
Kredit foto: joghohartanah.com
"embiayaan juga dilihat lebih kondusif selepas Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini," katanya dalam persidangan maya 'Beli Hartanah Atau Tidak Pasca Covid-19?' anjuran PropertyGuru Malaysia, baru-baru ini.
Begitupun, Fernandez menjelaskan berdasarkan pengalaman krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98, kediaman jenis bertingkat dan rumah teres adalah kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain.
Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan senario melibatkan hartanah jenis bertingkat dan rumah bakal berubah kerana situasi pandemik Covid-19 adalah di luar jangkaan dan tidak pernah dialami sebelum ini.
Gambar hiasan
Kredit foto: Sinar Harian
"Apapun, saya ingin menasihatkan bakal pembeli bahawa usaha memiliki hartanah memerlukan pelaburan dan komitmen jangka panjang.
"Walaupun kerajaan telah mengumumkan langkah membantu rakyat seperti moratorium yang membolehkan pembiayaan bank distruktur semula dan ditangguhkan selama enam bulan, ia masih tidak memadai kepada mereka yang mencari penyelesaian jangka pendek," katanya. - CARI |