Putera Harry mencetuskan kemarahan ramai apabila mendakwa krisis wabak Covid-19 di United Kingdom (UK) tidak seteruk yang dilaporkan.
Berkata menerusi podcast, dia mendakwa "situasi di sini (UK) lebih baik berbanding yang digembar-gemburkan di media sosial".
Kredit foto: Hello Magazine
Memetik The Sun, selain kenyataannya disifatkan sebagai 'melampau', Harry turut ditempelak Profesor Karol Sikora.
"Apa kelayakan dia untuk membuat kenyataan sedemikian - selain daripada meninggalkan negaranya ketika saat genting?" pertikainya.
Harry yang kini menetap di Los Angeles bersama isteri, Meghan Markle berkata demikian dalam tembu bual tetamu jemputan Podcast Declassified.
Dalam temu bual itu, dia memuji tindakan bekas askar British, Kapten Tom Moore, 99, yang menyalurkan sumbangan sebanyak 23 juta Pound Sterling (RM125,606,266) kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS).
Kredit foto: The Sun
"Saya begitu bangga melihat apa yang dilakukan individu-individu di seluruh negara dan seluruh dunia.
"Ini juga menguatkan lagi pendapat saya bahawa keadaan sebenarnya lebih baik berbanding apa yang dilaporkan media kepada kita," katanya.
Harry berkata sedemikian walaupun panggilan video daripada seorang jururawat memaklumkan kepadanya mengenai kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan.
Kredit foto: Elite Daily
Sementara itu, Nadra Ahmed dari National Care Association beranggapan Harry mungkin "belum melihat semua bukti yang dilaporkan". - CARI |