Ramadan menyaksikan stesen televisyen berlumba-lumba menayangkan drama bersiri penuh pengajaran kepada para penonton. Dan sudah dua tahun berturut-turut, drama berjudul Nur mendapat perhatian luar biasa serta trending di laman media sosial.
Bagi tahun 2020 ini, sekali lagi drama Nur menjadi pilihan untuk ditayangkan pada waktu prima. Biarpun yang ditayang hanyalah drama yang pernah diulang siar sebelum ini iaitu Nur dan Nur 2, namun ia tidak menghalang peminat drama ini menghayatinya sekali lagi.
Blog
Memang sudah menjadi rezeki produksi ini kerana populariti drama tersebut masih unggul. Malahan pengarahnya, Shahrulezad atau gelarannya budak ijat di laman Instagram turut merakamkan momen menarik.
Antaranya ialah dia tidak berpuas hati dengan hasil akhir karya tersebut. Jika diberi peluang, dia ingin merakamkannya kembali.
IG
Menariknya, Shahrul turut mengajak pelakon utamanya, Amyra Rosli untuk merakamkan kembali beberapa babak supaya ianya lebih cantik dan ia dibalas dengan balasan padu dari Amyra.
Kredit : myinfotaip
Menurut Shahrul, bukan dia tidak bersyukur tetapi berpendapat boleh melakukannya dengan lebih baik jika masa boleh diulang kembali.
"Sebab tu abam jarang tengok balik drama abam sendiri.
Payah gak jadi seorang Shahrulezad ni rupanya. Dia sendiri payah nak berpuas hati, macam manalah orang nak puaskan hati dia."
IG
Pelbagai pendapat diutarakan oleh penonton setia Nur. Rata-rata mahukan drama Nur yang ke-3 untuk menelusuri perjalanan hidur Nur seterusnya.
Memandangkan musim PKP masih belum berakhir, jadi kita boleh terus menyokong drama berkualiti seperti Nur ini ya. Mana tahu, Ramadan tahun depan akan ada Nur 3 kan?-CARI
|