Seorang guru lelaki dihukum penjara dua tahun selepas didakwa mencabul pelajarnya hingga mangsa trauma dan membunuh diri.
Pada 20 Jun 2018, gadis berusia 19 tahun dikenali sebagai Li itu dirakam duduk di belebas tingkap tingkat lapan sebuah hotel di Qingyang di wilayah Gansu.
Kredit foto:
Difahamkan, anggota bomba mengambil masa empat jam untuk memujuk mangsa sebelum beberapa individu dari kerumunan yang menyaksikan kejadian mula menjerit 'Cepat lompat!' dan 'Kenapa kamu tidak lompat lagi!'
Malah, segelintir daripada mereka merakamkan kejadian sebelum menyebarkannya di laman sosial dengan kapsyen biadab seperti;
"Sejam saya berpanas di bawah terik matahari menunggu kamu terjun.
"Lompatlah cepat, saya kena pergi ambil anak di sekolah ni," antara kapsyen biadab itu.
Li kemudian melompat dari belebas itu, namun anggota bomba sempat menyambar tangannya. Mangsa bagaimanapun nekad untuk terjun dan berkata, "Terima kasih, tapi saya perlu pergi" sebelum melepaskan tangan anggota berkenaan.
Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran jeritan kesal anggota yang cuba menyelamatkan mangsa. Manakala, kerumunan di bawah bangunan berkenaan menjerit terkejut sebelum bersorak dan bertepuk tangan apabila mangsa terhempas.
Menurut keluarganya, Li mengalami kemurungan selama dua tahun selepas dicabul gurunya dan meninggalkan surat sepanjang enam muka surat menyalahkan gurunya serta menuntut keadilan.
Dia juga menceritakan tindakan guru berkenaan menyentuh muka, mencium bibir dan menggigit telinganya ketika berehat di bilik kesihatan kerana sakit perut.
Guru bernama Wu itu kemudian diturunkan pangkat dan diarahkan memohon maaf daripada Li. Manakala, keluarga gadis itu ditawarkan 350,000 yuan (RM215,556) supaya tidak mengambil tindakan undang-undang, namun ditolak bapa mangsa.
Bagaimanapun, apabila kes dibawa ke mahkamah, Wu dibebaskan dari dakwaan mencabul kerana tiada bukti kukuh selain menyifatkan guru itu tidak melakukan kesalahan kerana menyentuh mangsa untuk membuat 'pemeriksaan fizikal'.
Menurut Shanghaiist, Li akhirnya mendapat keadilan apabila mahkamah pada minggu lepas memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Wu dan sebaik dibebaskan, dia tidak dibenarkan bekerja dalam sektor membabitkan kanak-kanak selama tiga tahun.
Bapa mangsa bagaimanapun tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan dan dikatakan akan membuat rayuan kepada mahkamah untuk mempertimbangkan hukuman lebih berat. - CARI
Post time 27-4-2020 11:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mula2 baca tadi ingatkan kes dkt SK.. china rupanya. SK pun byk kes gini kan. Dan bawang rangers diorg lagi kejam drpd bawang melayu. Sampai hati tepuk tangan tgk anak orang mati
Post time 27-4-2020 12:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sarah82 at 27-4-2020 12:56 PM
Cikgu tu penyebab kepada student ni ambik keputusan bunuh diri kot. Patutnya didakwa atas tuduhan membunuh.. Mcm kes kat US yg gf dok pujuk dan paksa bf bunuh diri.
Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran jeritan kesal anggota yang cuba menyelamatkan mangsa. Manakala, kerumunan di bawah bangunan berkenaan menjerit terkejut sebelum bersorak dan bertepuk tangan apabila mangsa terhempas.
Diaorg ingat ni hiburan ke apa?
Ni klu bukak event ala2 gladiator kat china, sah ramai tengok.