Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook membantu golongan suri rumah dengan melancarkan “Projek Kuih Raya” di kawasan diwakilinya.
Kredit foto: IG Anthony Loke
Menerusi video dimuat naik di Twitter Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, sebanyak 5,000 balang aneka kuih raya dibeli daripada pengusaha kecilan terbabit.
Kata Loke, projek itu bagi membantu suri rumah mencari sumber pendapatan tambahan ketika musim Covid-19.
Dalam masa sama, kuih raya yang dibeli itu kemudian diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang memerangi wabak maut itu.
Bagaimanapun, usaha Loke itu diperlekehkan segelintir warganet yang meninggalkan komen jelek terhadap video berkenaan.
Dakwa mereka, tindakan Loke itu hanyalah 'wayang' semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. - CARI |