Kini, ramai ternanti-nanti iklan raya yang boleh ditonton melalui telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi ditunggu muncul di televisyen.
Yang penting ada Internet semua benda menjadi mudah. Bersepah iklan raya pilih sahaja mana satu hendak tengok.
Tular di Twitter iklan raya dari Saji yang khabarnya menyentuh hati ramai wargamaya.
Dalam iklan tersebut, Saji menampilkan 'pelakon air mata' Fauziah Nawi membawa watak ibu yang berkongsi resepi kuah kacang.
Kredit Foto - Twitter @NasirPasir
Rupa-rupanya, si ibu sedang berkongsi resepi itu kepada anak-anaknya melalui panggilan video.
Pada akhir video, anak-anak bertanyakan khabar ibu dan dalam masa sama berasa sedih tidak dapat beraya bersama-sama.
Kredit Foto - Twitter @NasirPasir
Mungkin pihak Saji merujuk kepada keaadan sekarang di mana rentas negeri untuk pulang berhari raya tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak COViD-19.
Ternyata iklan tersebut mengundang sebak warga maya kerana situasi dalam iklan tersebut sama seperti yang dialami sekarang ini.
Bawang dengan cili kat video kuat sangat sampai kena mata ni...
Iklan ni akan terkesan sampai bila-bila...
Iklan paling sedih tahun ni...
Automatik bertakung air mata kan?...
Lemah betul lah sentul pasal ibu ni...
Kredit foto: Twitter @NasirPasir
Harapnya, inilah kali pertama dan terakhir kita tak dapat pulang berhari raya bersama ibu ayah di kampung kan? - CARI |