Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu hari raya 'evergreen' yang pernah dipopularkan Hail Amir dan Uji Rashid berjudul 'Seloka Hari Raya'.
Tidak gusar dengan penerimaan peminat, pasangan yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama ini diberikan kebebasan untuk menyanyikan mengikut lenggok sendiri.
"Semua orang tahu lagu ini ada tarikan sendiri dan diminati ramai. Jadi, apabila pihak label Universal Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus setuju."
Menariknya, nyanyian ini disusuli dengan klip video kartun wajah masing-masing sebagai karakter dalam video tersebut.
Kredit foto: YouTube
Memetik laporan Media Hiburan, Fazura menyifatkan ianya sebagai terjemahan penghargaan mereka kepada pencipta dan penyanyi asal lagu tersebut.
"Sebelum ini, ada juga cadangan yang mahukan kami rakamkan lagu baharu, tapi bila ada idea begini, kami terima sahaja tawaran itu. Secara tak langsung kita meraikan lagu lama yang dah ramai peminat."
Menceritakan mengenai pengalaman merakamkan lagu ini pula, Fazura menjelaskan yang dia dan suaminya merakamkan lagu itu berasingan.
Kredit foto: Youtube
"Sebenarnya, lagu ini dirakamkan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio tetapi dibuat berasingan kerana ketika itu Fattah sibuk dengan penggambaran drama."
Pasangan ini turut mengharapkan lagu ini disukai peminat.
Menjengah ruangan komen di YouTube, rata-rata memberikan maklum balas baik terhadap lagu nafas baru ini. Malah, turut memuji kolobrasi gandingan pasangan selebriti yang comel ini.
Kredit Foto: YouTube
Anda dah dengar Seloka Hari Raya versi Fatzur? Macam mana? - CARI
|