Walaupun tahun ini Aidilfitri disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ianya tetap tidak menghalang setiap individu bernostalgia mengenai keseronokan raya tahun sebelumnya.
Antara yang diingati adalah kemeriahan keluarga besar untuk menyambut hari pertama Syawal seperti dilakar oleh pelukis ini.
Namun, disebalik mengimbas kembali keseronokan itu, ada juga warganet yang mempersoalkan peranan lelaki dalam gambar tersebut yang seolah-olah hanya tahu rehat dan tidur sahaja sedangkan yang sibuk mengemas, memasak dan sebagainya adalah kaum hawa.
Kredit foto: Twitter
Soalan pendek itu disambut dengan pelbagai pandangan daripada warganet. Bagi mereka, yang terlukis di dalam gambar itu hanyalah satu kisah disebalik 1001 cerita lain sebelumnya.
Jika wanita nampak sibuk menguruskan persiapan raya, lelaki yang sedang tidur itu pula sebenarnya telah melakukan kerja-kerja berat yang tidak boleh dilakukan oleh kaum perempuan, misalnya mengacau dodol.
Kredit foto : Twitter
Gambar hiasan
Kredit foto: Blog
Disebalik nostalgia zaman kanak-kanak yang pernah merasai nikmat seperti dalam gambar agak sukar memahami mengapa lelaki yang sedang tidur itu dijadikan masalah.
Adakah kerana mereka dikelilingi lelaki pemalas hingga semua dipukul sama rata?
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : FB
Dalam masa sama, ada juga warganet berpendapat ia tidak seharusnya dijadikan isu kerana setiap ahli keluarga tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai peranan masing-masing. Jadi, usah bertelagah dalam hal sebegini.
Kredit foto : Twitter
Walau apapun pendapat masing-masing, ternyata Raya PKP kali ini memberi peluang untuk kita bersederhana dan muhasabah diri. Tiada salahnya untuk menerima pendapat orang lain jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak. - CARI
|