View: 9062|Reply: 85
|
[Tempatan]
Perebutan harta pusaka: Langgar, tetak abang dan kakak ipar sebelum maut
[Copy link]
|
|
Langgar, tetak abang dan kakak ipar sebelum maut
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/581317/langgar-tetak-abang-dan-kakak-ipar-sebelum-maut
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 12:05 AM
Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]
KEADAAN motosikal dinaiki suami isteri sebelum mereka dilanggar dan ditetak suspek, pagi semalam. FOTO ihsan polis.
AKIBAT perebutan harta pusaka, seorang lelaki tergamak melanggar dan menetak abang serta kakak iparnya sebelum dia ditemui mati di sebuah lombong di Antara Gapi, Hulu Selangor, pagi semalam.
Lelaki berusia 65 tahun dan isteri berusia 56 tahun itu cedera di bahagian kaki serta tangan selepas ditetak adiknya menggunakan parang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, sebelum itu suami isteri terbabit yang menunggang motosikal dilanggar suspek di hadapan kuil di Kampung Chuang Rasa, Rasa, pada 7.56 pagi.
"Suspek yang menaiki Proton Iswara kemudian menetak suami isteri itu sebelum melarikan diri. Seorang lelaki yang melihat kejadian menghampiri mangsa yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
"Saksi lain terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila keluar rumah mendapati suami isteri terbaring tepi jalan.
"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Arsad berkata, hasil siasatan mendapati suspek adalah adik kandung mangsa lelaki sebelum menemui sebilah parang digunakan suspek di tepi jalan simpang tiga Pekan Rasa berdekatan perhentian bas.
Katanya, selepas kejadian itu, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta dipercayai milik suspek di lombong Antara Gapi pada 1.10 tengah hari.
"Kereta itu dijumpai terjunam di tebing lombong dan pintu bahagian pemandu dalam keadaan terbuka. Mayat turut ditemui dalam keadaan terapung berhampiran kereta itu.
"Polis meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat dan hasil pemeriksaan pada fizikal tiada kecederaan serta unsur jenayah. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, polis mempercayai penemuan mayat ada kaitan kejadian langgar dan tetak suami isteri terbabit.
Katanya, motif kejadian dikenalpasti kerana perebutan harta pusaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kematian diklasifikasi sebagai mati mengejut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya. kalau ibu bapa masih hidup,adik beradik baik pijak semut tak mati.bila mak ayah meninggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak menghala ke kuala kubu bharu ni. Situ ada pekan kkb. Ada mrsm kkb. Suasana aman damai pekan kkb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab harta, sanggup nak bunuh darah daging sendiri. Ujung2 ko yg kojol. Cashh |
|
|
|
|
|
|
|
setakat kaya harta mak bapak..apa nak dibanggakan..
cari lah harta sendiri..lagi bermakna..
kadang2 tengok kawan2 keje keras kumpul harta tuk anak2 kot2 esok mati anak2 senang..katanya.
walhal..kita ni sementara hidup ni enjoy lah hasil kerja keras sendiri..
anak2 tu..pandai2 lah cari harta sendiri sok besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannyer
Harta membawa kemudaratan bagi mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian arwah mak bapak, penat2 tinggal harta.dapat ke anak2 bengap dan tamak sampai berbunuh-bunuhan berebut harta |
|
|
|
|
|
|
|
yang suspek masuk lombong ni pasal terbabas ke atau suicide? betul2 dirasuk setan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga.
Semoga depa tabah menghadapi situasi mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
adegan yang ingin kita lihat |
|
|
|
|
|
|
|
kerana harta......
sebab tu kurex cakap dekat mak ayah kurex, kalau boleh taknak ada harta pusaka ni, takut gaduh adik beradik... tak dapat pun takpe..
btw iols dapat rasakan yg langgar ni sejenis pendadih yg perlukan harta pusaka utk jual demi dapatkan stok dadih |
|
|
|
|
|
|
|
harta pusaka ni kalau nak ada make sure setiap org dpt bahagian sama rata. agak2 tak mampu takpayah ada lgsg. pelik2 la org zaman skrg ni. hrta sendiri malas nak cari hadap ke pusaka sampai berbunuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa juta harta pusaka tu sampai sanggup bunuh membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
klo tengok motor pon nampak dorang ni bukan dari family senang.... |
|
|
|
|
|
|
|
xberbaloi nya idop berebut harta....
mati sia2.....rugi! |
|
|
|
|
|
|
|
harta pusaka cam bonus la kalo dpt.. sbb xyah usah usaha pun boleh dpt secara warisan.. sebab tu yg berebut sgt kot.. sapa xnak benda free.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak hairanlah jika anak anak juga tak ingini menjaga parents kerana masing masing pentingkan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu cerita side yg mati tu pulak..
maybe dah lama simpan dendam atau makan hati ngan abg and akak ipar dia ni..
dlm certain family, ade ipar duai yg sibuk hal harta pusaka mertua dia ke ape kan..
tp ape2 pun, takyah la rebut harta tu.. sedih mak ayah tgk anak2 pecah belah sbb harta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada beban batu digalas
Dah jadi macam ni
Jangan kata bau harta
Bau syurga pun dah hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
Tasik/lombong ni belakang rumah aku je..kecoh wasap group taman kete iswara terjun kolam..ingat terbabas rupa2 ada mayat |
|
|
|
|
|
|
| |
|