|
Sepatutnya, Aidilfitri kali ini Zamani akan meraikannya di kampung halaman isteri, Nur Juliana Abdul Rani di pantai timur.
Namun, segala perancangan tak menjadi kenyataan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.
Disebabkan itu, penyanyi ini menyambutnya di ibu kota sahaja.
Foto: Harian Metro
"erancangan awalnya memang begitu kerana rasanya nak juga berkenalan dengan saudara-mara isteri. Namun, dengan adanya PKP semua dibatalkan dan kena beraya di rumah sendiri sahaja.
"Saya pun susah nak bergerak ke mana-mana kerana keadaan kesihatan pun tak mengizinkan. Sakit tulang belakang saya pula semakin serius," katanya kepada Harian Metro.
Zamani dalam masa sama mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan untuk bertandang ke rumahnya, tetapi perlulah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apapun, Aidilfitri tetap perlu diraikan selepas sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga. Saya teruja dapat meraikannya buat kali pertama bersama isteri," tambahnya.
Foto: IG
Sementara itu, Zamani juga tampil dengan single raya berjudul Syawal ini.
"Lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana liriknya mencerminkan kisah kehidupan saya, apatah lagi mengenang arwah ibu dan bapa saya yang sudah pergi." - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|